• Nadi Bangi

GELAGAT SELEBRITI TEMPATAN RAI HARI IBU

Oleh : Nurul Ain Samad

Penyunting : Syakila Hidayu Suhaimi

Sumber : Instagram

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu pada tanggal 10 Mei lepas, Nadi Bangi mengambil peluang untuk meninjau beberapa laman media sosial Instagram milik artis dan selebriti tempatan yang ternyata mempunyai ragam dan telatah tersendiri dalam menyambut hari yang penuh bermakna ini.


Menerima sebuah video penghargaan sempena sambutan Hari Ibu menerusi aplikasi TikTok daripada anak sulung membuatkan salah seorang selebriti tempatan iaitu Nora Danish, 38, berasa begitu terharu dan teruja.


Beliau memuat naik video terbabit yang telah mendapat lebih daripada 200 ribu tontonan serta komen daripada netizen di akaun Instagram miliknya iaitu @noradanish dengan kapsyen “Awww thank u Qal for this. Love u so much sayang mummy. I’m so blessed to have a son like u.. caring, loving and so thoughtful. Semoga menjadi anak yg soleh.”


Selebriti tempatan lain yang turut meraikan Hari Ibu adalah pasangan pelakon dan pengacara terkenal negara iaitu Awal Ashaari, 39 dan Scha Alyahya, 38.

Menerusi laman sosial Instagram milik @awalashaari, beliau telah memuat naik empat keping gambar menunjukkan ibunya, isterinya serta puteri tunggal mereka, Lara Alana dengan kapsyen “Selamat Hari Ibu untuk semua wanita yang bergelar ibu di luar sana. Terima kasih diatas semua pengorbanan kalian melahirkan, membesarkan, mendidik dan menjadikan kami manusia sempurna. Words cannot describe how much we appreciate all your sacrifices.”


Bagi selebriti Betty Rahmad, 38 dan Anzalna Nasir, 32 pula, masing-masing telah memuat naik video imbasan dan kenangan mereka bergelar ibu buat kali pertama setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga tanpa cahaya mata.


Namun, lain pula kisah dan gelagat sambutan Hari Ibu buat selebriti berbangsa cina iaitu Sean Lee, 25, apabila beliau telah berpakat dengan ayahnya untuk memberikan kejutan berupa mock check dengan coretan kata-kata manis buat ibunya.


Gelagat lucu dan telatah Sean Lee ini dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya iaitu @seanjle dengan rata-rata netizen meninggalkan komen yang positif mengatakan bahawa Sean mempunyai sifat yang sweet selain turut meninggalkan ucapan sempena Hari Ibu buat ibunya.

58 views0 comments

Related Posts

See All