top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Gelombang Haba Melebur Moral Pelajar UKM

Updated: May 8

Penulis: Samyuktha A/P Seeranjeevi

Penyunting: Muhammad Syukri Sani Bin Mohd Azman


Sumber foto : Samyuktha


BANGI, Mei 2023 – Pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM mengalami tekanan fizikal dari segi kelesuan, pengsan, kekejangan, kepenatan, dan strok akibat panas sehingga sukar untuk menghadirkan diri ke kelas kuliah disebabkan oleh fenomena gelombang haba.


Mengulas mengenainya, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) daripada Institusi Perubahan Iklim, Dr. Ooi Chel Gee berkata, badan manusia berfungsi paling baik dalam julat suhu tertentu, dan apabila badan manusia menjadi terlalu panas, ia perlu menyejukkan badan.


“Terdapat beberapa cara badan kita dapat melakukan penyejukan, antaranya saluran darah mengembang untuk meningkatkan aliran darah ke kulit, badan kita mula berpeluh dan penyejatan peluh menyejukkan kulit, serta ini membantu menyejukkan seluruh badan kita, tetapi peluh yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi,” kata beliau.




Ujarnya, pengambilan air membantu menambah cecair yang hilang akibat berpeluh berlebihan sekiranya, kita tidak mendapat air yang mencukupi, kita mungkin mengalami dehidrasi, dan gabungan suhu panas, serta dehidrasi yang boleh membawa kepada penyakit berkaitan haba yang serius.


Menurut Prof. Madya. Dr. Liew Ju Neng daripada Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bumi sedang menyaksikan kenaikan paras laut, pencairan glasier, hujan lebat berterusan dan gelombang haba ekstrem berlaku semakin cepat.


Beliau, menegaskan bahawa ini merupakan masa matahari bergerak dari selatan ke hemisfera utara, melintasi khatulistiwa, jadi sinaran adalah yang paling kuat.


“Sudah tentu cuaca melampau yang dialami itu ada kaitan dengan pelepasan gas rumah hijau”. Laporan terbaharu oleh Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC), berdasarkan konsensus kajian 700 saintis memberi amaran bahawa pelepasan gas rumah hijau perlu dikurangkan sebanyak separuh menjelang 2030 (dari tahap pasa 2019), untuk mengelakkan pemanasan global melebihi 1.5 darjah Celcius.


Daripada hasil tinjauan daripada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nusrat Jahan, pelajar UKMI menyatakan bahawa cuaca panas yang melampau ini menyebabkan sakit kepala yang kerap dan pening, termasuk loya kerana perbezaan suhu udara yang tinggi di luar dan suhu yang rendah kerana wujudnya penghawa dingin.


Josephen, pelajar UKMI berkata dia juga berasa ketidakselesaan terhadap kulitnya seperti ruam kulit yang sangat gatal iaitu bintik-bintik merah yang sangat kecil di tempat berkumpul peluh seperti ketiak, lipatan suku, pangkal paha dan lain-lain.


Pelajar-pelajar UKM juga bersetuju bahawa kebelakangan ini mereka berasa dahaga yang berlebihan sehingga terasa kekeringan di bahagian mulut dan lidah dan ini merupakan tahap awal dehidrasi kerana tubuh badan seseorang kehilangan banyak cecair dalam keadaan yang terlalu panas.



25 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page