top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Gempa Bumi di Turki dan Greece Meragut 102 Nyawa


Wartawan : Marllisa Anttonysamy

Penyunting : Aqilah Azanil

Sumber : Reuters


ISTANBUL, 3 Nov - Gempa berkekuatan 7.0 pada skala Richter telah melanda laut Aegean pada 11.50 pagi (5.50 petang waktu Malaysia). Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa ini dapat dirasakan sejauh Greece dan Turki dengan kedalaman gempa adalah 10km. Gempa bumi ini telah meragut 102 nyawa dan 1026 penduduk cedera.

Kota ketiga terbesar di Turki iaitu Izmir, mempunyai hampir tiga juta penduduk. Sekurang-kurangnya 10 bangunan runtuh, empat bangunan musnah dan beberapa lagi mengalami kerosakan. “70 orang penduduk telah berjaya diselamatkan dari tempat kejadian”, kata Gabenor Izmir Yavuz Selim Kosger. Agensi bencana kerajaan Turki (AFAD) meneruskan pencarian mereka di hampir 12 bangunan untuk menyelamatkan mangsa.

Turki dan Greece adalah antara negara yang paling aktif berlaku gempa bumi kerana dilintasi oleh garis sesar utama. Ilke Cide, seorang pelajar kedoktoran yang berada di sekitar kawasan gempa bumi, mengatakan bahawa dia sudah terbiasa dengan gempa bumi jadi dia tidak memandangnya serius, namun pada kali ini adalah berbeza dan amat menakutkan. Dia juga menambah bahawa gempa tersebut berlaku sekurang-kurangnya 25 hingga 30 saat.

Datuk Bandar Izmir, Ismail Yetiskin mengatakan, “Nampaknya terdapat Tsunami kecil berlaku disebabkan oleh permukaan laut meningkat akibat gempa tersebut”. Beberapa [orang] nelayan juga dilaporkan hilang. Pulau Samos yang mempunyai penduduk sekitar 45 ribu orang dinasihatkan untuk menjauhkan diri dari kawasan pesisir pantai.

Menteri Kesihatan Turki, Fahrettin Koca dalam tweetnya mengatakan bahawa 38 ambulans, dua helikopter ambulans dan 35 pasukan penyelamat perubatan sedang bekerja di Izmir. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Twitter juga mengatakan bahawa beliau bersedia untuk membantu penduduknya dengan segala cara yang ada, demi negara.

21 tahun lalu, lebih dari 17 ribu orang terbunuh pada Ogos 1999 ketika gempa berkekuatan 7.6 melanda barat laut Turki. Pada tahun 2011, satu lagi gempa di wilayah tenggara Van yang telah mengorbankan lebih dari 500 nyawa.

40 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page