top of page
  • Writer's pictureChai Matthew

Gereja SSMC Sambut Good Friday Secara Bersemuka Selepas Dua Tahun Pandemik

Penulis: Chai Matthew Penyunting: Chin Ee May

Sumber: Acara Good Friday


PETALING JAYA, 18 April - Penganut agama Kristian di Sungai Way-Subang Methodist Church (SSMC) Chinese telah menyambut perayaan Good Friday secara bersemuka baru-baru ini.


Sejak pandemik COVID-19 yang bermula pada bulan Mac 2020, SSMC Chinese telah mengadakan ibadah setiap minggu secara atas talian. Setelah hampir 2 tahun, gereja tersebut telah beralih kepada ibadah secara hibrid pada bulan November tahun lalu.


Menurut Pastor Henry Chong, pemimpin SSMC Chinese, bilangan ahli yang dibenarkan ke dalam premis gereja tersebut dihadkan kepada 30 orang sahaja pada ketika itu. Kebanyakan ahli yang hadir ke gereja sepanjang tempoh itu terdiri daripada penyanyi, pemain muzik, dan staf teknikal sahaja.


“Mulai April 2022, kami telah meningkatkan had kepada 30 orang dalam satu perhimpunan. Dewan gereja mampu memuatkan sekitar 50 orang dengan penjarakan sosial yang selesa. Kami juga meminta ahli yang berada di jemaah untuk memakai pelitup muka pada setiap masa,” kata beliau.


Sumber: SSMC Chinese


Good Friday merupakan hari yang penting untuk orang Kristian memperingati kematian Yesus Kristus di atas kayu salib lebih dua ribu tahun dahulu.”


Hari suci tersebut disambut oleh semua penganut agama Kristian di seluruh dunia setiap tahun. Selepas dua hari, mereka turut menyambut Hari Easter yang dipercayai oleh penganut agama Kristian sebagai kejadian Yesus hidup kembali.


“Saya berasa sangat gembira kerana walaupun waktu bekerja saya lama, saya dapat kembali ke gereja. Saya telah nantikan hari ini kerana terlalu lama tidak datang ke gereja,” kata Chee Yuan Jian, 22 tahun, seorang ahli SSMC Chinese selama 9 tahun.


Chong Jia Heng, 16 tahun, “Detik ini sangat menyentuh hati dan setelah terlalu lama tidak kembali ke gereja, akhirnya saya dapat merasai pengalaman Good Friday ini secara fizikal.”


Foo Woei Ing, 44 tahun, seorang penyanyi di SSMC Chinese, “Saya berasa sangat terharu kerana saya dapat menyertai perjumpaan fizikal di gereja.”


SSMC Chinese merupakan jemaah bertuturan bahasa Cina di bawah naungan gereja SSMC English. Jemaah tersebut diasaskan oleh arwah Lee Chee Weng pada 26 November, 1994. Pada awalnya, SSMC Chinese ditubuhkan sebagai tempat beribadah untuk golongan warga emas yang kebanyakannya terdiri daripada keluarga dan saudara kepada ahli jemaah English. SSMC Chinese dipimpin oleh Pastor Henry sejak tahun 2009.


“Adalah doa kami supaya SSMC Chinese dapat menjadi sebuah saluran restu kepada penghuni kawasan perumahan kami yang bertutur bahasa Cina serta kepada mereka yang berhubung dengan kami melalui ruang atas talian,” kata beliau.

95 views0 comments

Kommentare

Mit 0 von 5 Sternen bewertet.
Noch keine Ratings

Rating hinzufügen
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page