top of page
  • Writer's pictureAliff Fikri

Gergasi Merah kerdil bertemu Sang Penyu

Penulis: Aliff Fikri

Penyunting: Hana Norazmi


Sumber : Terengganu FC


KUALA NERUS, 23 APRIL - Pasukan Selangor FC berputih mata apabila terpaksa pulang ke Shah Alam dengan tangan kosong dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, semalam.


Gol pertama Terengganu FC terhasil daripada penyerang prolifik negara iaitu Faisal Halim yang menerima umpanan dari Tchetche Kipre dalam kotak penalti pada minit ke-20.


Pemain sayap ini sememangnya terkenal dengan larian pantas yang berjaya mengelirukan barisan pertahanan pihak lawan dan melepaskan rembatan deras yang menumpaskan penjaga gawang pelawat Mohd Khairul Azhan Khalid yang juga merupakan penjaga gol kebangsaan.


Gol kedua terhasil oleh Tchetche Kipre menerusi tendangan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil perlawanan Zulkarnain Zakaria pada minit ke-59.


Dari segi corak permainan sudah tentu pihak tuan rumah lebih mendominasi namun pasukan pelawat juga memiliki peluang untuk menghasilkan gol menerusi pemain import sensasi Selangor FC iaitu Herlison Caion yang melepaskan rembatan kencang namun ditepis oleh penjaga gawang Terengganu iaitu Muhammad Rahadiazli Rahalim yang bertindak cemerlang pada malam tersebut.


Walau bagaimanapun, Ketua Jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner akur dan menerima kekalahan tersebut tetapi beliau juga mahu terus mempertahankan anak-anak buahnya yang telah memberikan persembahan yang terbaik pada perlawanan tersebut.


"Saya yakin kami memulakan perlawanan dengan baik. Pasukan dapat mencipta beberapa peluang walaupun ianya tidak banyak dan secara keseluruhan saya rasa dalam 20 minit pertama kami menguasai permainan, namun kami memerlukan momentum yang baik untuk meraih kemenangan tetapi gol pertama Terengganu FC pastinya telah membunuh moral pasukan sedikit sebanyak.


“Seluruh pasukan Selangor FC mengambil tanggungjawab di setiap peluang yang tidak digunakan dengan baik dalam perlawanan ini. Kita tidak memanfaatkannya untuk mendapatkan kemenangan.


"Selain peluang, gol kedua Terengganu FC pastinya sesuatu yang saya yakin bukan penalti. Memandangkan saya memikul tugas menjelaskan apa yang terjadi dengan kekalahan pada malam semalam, saya percaya individu yang bertanggungjawab itu juga perlu menerangkan sesuatu kepada kami dengan keputusan yang diambil olehnya," kata Michael.


Michael juga positif dengan pasukan kendaliannya yang akan menentang Sri Pahang FC nanti selepas terpaksa pulang dengan tangan kosong dalam aksi di Terengganu semalam.





29 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page