top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

GLMB 2021 Mengangkat Jenama Gitar Tempatan

Penulis: Muhammad Amirul Akmal

Penyunting: Kanaga Suntari Sundra Sakaran

Foto: Muhammad Amirul Akmal

BANGI, 11 Dis – Karnival Pameran dan Jualan Barangan muzik GLBM 2021 telah mengangkat sebuah jenama gitar tempatan sebagai satu permulaan baharu di dalam pasaran penjualan instrumen muzik di Malaysia.


Karnival yang berlangsung selama dua hari di Evo Mall, bangi itu telah berjaya menghimpunkan begitu ramai penggemar muzik di Malaysia, dan ia turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang barisan pemain gitar tanah air iaitu Napie Hassan, Fahmi Param, Oja dan juga tetamu undangan istimewa iaitu Sham Kamikaze.


Terdapat pelbagai jenis jenama gitar dan instrumen muzik lain yang dipamerkan dan dijual dengan harga promosi hanya pada hari karnival berlangsung, dan para tetamu tidak ketinggalan dapat mencuba bermain instrumen – instrumen muzik yang ada di sana.


Tambahan lagi tetamu khas Sham Kamikaze hadir sebagai duta kepada jenama Shue Guitars yang telah membuat persembahan serta demonstrasi menggunakan gitar jenama tersebut.


Menurut Sham Kamikaze, 45, beliau berpuas hati dengan kualiti serta harga yang mampu milik gitar buatan Malaysia yang beliau gunakan.


“Gitar buatan Malaysia Shue Guitars sangat berkualiti setanding dengan jenama luar negara, bukan sahaja harganya mampu milik, malahan tahan lasak, saya sendiri sebagai pemain gitar Malaysia juga bangga hasil seni orang Malaysia dan saya sendiri menggunakan barangan buatan Malaysia”. Kata Sham.


Menurut Ray Akir, 40, pengasas Shue Guitars, beliau pada mulanya hanya membuat perkhidmatan membaiki gitar sahaja, tetapi lama kelamaan beliau mendapat idea untuk mencipta jenama gitar sendiri.


Beliau berkata “Saya pada asalnya pengasas The Guitar Hospital yang menyediakan pembaikan gitar, perkhidmatan penyelenggaraan dan kerja - kerja pemulihan gitar. Tetapi setelah sembilan tahun, saya merasakan sudah sampai masanya untuk mencipta jenama sendiri. Pada tahun 2018 di Kuala Lumpur, jenama Shue Guitars ditubuhkan.


Shue Guitars ialah pengeluar gitar butik yang menggabungkan kayu tropika bersumber secara mampan dengan ketukangan tertinggi yang ada”.


Menurutnya lagi, perancangan tahun hadapan, beliau merancang untuk memasarkan produknya ke pasaran luar negara, tetapi pada waktu sekarang, jualan gitar hanya bermain di pasaran Malaysia sahaja dan tempahan pelanggan di luar negara hanya diambil di dalam kuantiti yang terhad.


Nik Hamdani Hashim, 23, merupakan pelajar ASWARA yang hadir pada Karnival GLBM 2021 berkata jenama Shue Guitars adalah menepati cita rasanya.


“Saya sebagai pelanggan Shue Guitars berpendapat yang sebenarnya jenama ini sangat bagus, terutamanya dari segi finishing dan pemasanganya.


Kualiti bertaraf jenama gitar dunia dan kayu daripada gitar ini adalah daripada kayu negara kita, yang sebenarnya ramai yang tidak tahu banyak jenama - jenama gitar luar negara yang mahal seperti gitar James Tyler yang harganya beribu - ribu itu, mereka mengimport kayu daripada negara kita untuk menghasilkan gitar.”


Menurut Ray Akira pengasas Shue Guitars, katanya rata-rata pelanggan Shue Guitars pada hari itu berpuas hati dengan perkhidmatannya dan pada masa yang sama, keseluruhan karnival yang berlangsung pada hari tersebut begitu meriah dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.

613 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page