top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

‘Glow Fun Run’ sasar lebih daripada 100 penyertaan

Penulis: Snoreeta Ravindran

Penyunting: Aisyah S.Razali


Sumber Foto: Laman Web Rasmi ‘Glow Fun Run’


BANGI, 3 Mei - Kolej Keris Mas(KKM) bakal menganjurkan program ‘Glow Fun Run’ pada hari Sabtu, 10 Jun 2023 dengan menyasarkan lebih daripada 100 orang peserta yang akan memeriahkan program ini yang diadakan di sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


‘Glow Fun Run’ merupakan sebuah program larian 5 km bertemakan glow in dark yang diadakan pada waktu malam bermula daripada 7.30p.m. sehingga 11p.m. di mana titik permulaan adalah di Kolej Keris Mas di samping peserta akan menggunakan lampu neon (glow stick) sewaktu aktiviti larian dijalankan. Tiada had yang diletakkan mengenai bilangan pelajar yang akan mengambil bahagian dalam program ini serta peserta juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang lumayan dengan mengikut syarat tertentu.


Menurut Ketua Program Glow Fun Run, Nabila Aisyah Amiruddin (Sarjana Muda Syariah,2) berkata bahawa tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengekalkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar UKM mahu pun peserta luar di samping memperoleh pengalaman yang unik dengan harga tiket yang berbaloi.


“Program ini membantu peserta mengekalkan gaya hidup sihat sebagaimana larian malam akan membakar kalori lebih banyak. Larian ini unik disebabkan oleh tema cahaya yang digunakan pada waktu malam dimana ia jarang diadakan dan dilakukan di tempat yang strategik serta selamat iaitu dalam kawasan universiti. Kami juga menyediakan merit kepada pelajar yang menyertai program ini.


“Dengan adanya tema neon lights, mereka dapat menikmati pemandangan tanpa perasaan negatif dan program ini dapat mencungkil kreativiti peserta untuk memakai pakaian bertemakan 'glow in the dark.


“Kami turut menyediakan pakej rahmah terutamanya kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk menyertai program ini,”katanya.


Jelasnya, harga tiket adalah rm49 manakala pakej rahmah pula akan diwarwarkan dalam waktu terdekat. Selain itu, peserta juga tidak seharusnya melepaskan peluang untuk memenangi hadiah berbentuk wang tunai melalui penyertaan challenge yang telah ditetapkan.


“Hadiah wang tunai juga akan diberikan kepada peserta yang berjaya memenangi OOTD Challenge Glow Fun Run. Program seperti ini pernah diadakan sekali pada beberapa tahun lepas. Oleh itu, kita membuat ‘comeback’ pada acara larian kali ini dengan pelbagai tarikan. Bukan sahaja terbuka kepada pelajar UKM, namun kepada orang ramai,”katanya.


Menurut Exco Program, Muhammad Aidil Bin Yusrif (Sarjana Muda Komunikasi Media,1) berkata bahawa selain pemupukan budaya sihat, hadiah eksklusif yang menarik ini juga seharusnya dimanfaatkan terutamanya dalam kalangan pelajar.


Glow Fun Run ini bukan sekadar tema kerana sesiapa yang menyertai larian ini, berpeluang untuk memenangi RM 100 bagi 25 orang yang kreatif dalam menyerlahkan lagi gaya pemakaian mereka mengikut tema ditetapkan,” Katanya.


Menurutnya lagi, program ini merupakan program larian pertama yang dijalankan pada waktu malam di UKM pada tahun ini. Sumbangan hasil daripada program ini juga akan diagihkan kepada rumah anak yatim yang berhampiran dengan UKM.


Tiket ‘Glow Fun Run’ boleh dibeli secara atas talian di https://www.ukm.my/kkm/news/glow-fun-run/ sebelum 27 Mei ini.


14 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page