top of page
  • Writer's pictureAsyiqin Rashid

Graduan UiTM Teruja Istiadat Konvokesyen Ke-93 Selepas Dua Tahun Ditangguhkan

Penulis: Asyiqin Rashid

Penyunting: Sudais Ferhard



Sumber: Facebook Rasmi UiTM


SHAH ALAM, 8 Jun - Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara kali ke-93 bakal dianjurkan pada 14 sehingga 6 Julai 2022 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam (DATC), Dewan Jubli UiTM Cawangan Sarawak serta Dewan Al-Bukhari UiTM Cawangan Sabah yang bakal dihadiri seramai 27,287 orang graduan ijazah dan diploma.


Setelah ditangguhkan 2 tahun disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda dunia, akhirnya majlis konvokesyen ini bakal diadakan secara fizikal dengan mematuhi SOP yang ditetapkan dan tertakluk kepada arahan terkini daripada kerajaan.


Sebanyak 24 sidang bakal dijalankan di cawangan induk iaitu UiTM Shah Alam memandangkan pelajar dari seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak bakal hadir untuk menerima penganugerahan daripada UiTM.


Nadi Bangi sempat menemu ramah beberapa orang graduan yang sedang beratur menunggu giliran untuk menerima jubah konvokesyen.


Sundus, 23, mengatakan keterujaan beliau terhadap istiadat konvokesyen UiTM yang bakal menjelang tidak lama lagi.


“Saya sangat teruja untuk konvokesyen kali ini kerana saya percaya, ianya pasti akan diadakan dengan lebih meriah memandangkan sudah dua tahun ditangguhkan,” ujar graduan Diploma Pengurusan Perniagaan ketika ditemu bual semasa sesi pengambilan jubah minggu lepas.


Menurut Anis, 23, berharap agar majlis konvokesyen kali ini diadakan secara besar-besaran dan lebih meriah.


“Saya harap konvokesyen kali ini lebih meriah dan istimewa memandangkan saya pertama kali akan bergraduasi.


“Selain itu, saya sangat teruja kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan semula kerana kami sudah lama tidak bersua muka,” kata pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).


Istiadat kali ini mendapat perhatian ramai pihak memandangkan lebih daripada 27 ribu graduan yang masih menunggu giliran untuk istiadat sesi masing-masing.


46 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page