• Nadi Bangi

Gugusan Matematik Ungguli KARISMA’20


Oleh : Syakila Hidayu Suhaimi

Penyunting : Nurul Ain Samad



Sumber : Facebook Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi



BANGI, 7 Mac - Karnival Sukan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (KARISMA’20) kali ke-3 yang berlangsung selama seminggu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melabuhkan tirai pada 29Februari lalu denganmenyaksikan gugusan Matematik muncul juara keseluruhan.


Gugusan Matematik yang terdiri daripada program Matematik, Statistik dan Sains Aktuari mengungguli carta KARISMA’20 apabila berjaya meraih 4 emas, 3 perak dan 4 gangsa dengan jumlah keseluruhan yang berjaya dikumpul sebanyak 73 mata.


Bola keranjang lelaki, bola jaring, frisbee lelaki serta catur wanita merupakan acara yang membantu gugusan Matematik merangkul gelaran juara pada edisi kali ini. Antara sukan lain yang turut dipertandingkan adalah badminton, bola tampar, catur, mobile legends, Balloon Run serta bowling.


Menurut Ketua Pengarah KARISMA’20,Muhammad Farhan bin Ahmad (Sarjana Muda Sains Bahan, 2), KARISMA’20 yang dianjurkan oleh Eksekutif Sukan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) ini telah disertai oleh enam gugusan iaitu Gugusan Fizik, Gugusan Kimia, Gugusan Matematik, Gugusan Sains Sekitaran dan Gugusan Bioteknologi serta kumpulan kakitangan dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST).


“KARISMA’20 ini mempunyai kelainan di mana acara bola sepak melibatkan 10 penyertaan daripada gugusan-gugusan di FST serta 4 buah kolej terdekat iaitu Kolej Aminuddin Baki, Kolej Ibrahim Yaakub, Kolej Ungku Omar dan Kolej burhanuddin Helmi.” Kata Farhan.


“Selain itu, kelainan yang turut kami banggakan buat KARISMA’20 ini adalah majlis penutup dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM,Prof Datuk Ir. Dr. Othman A. Karim dan turut diadakan perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan pilihan Prof. Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Azlan Ghazali menentang pasukan pilihan mahasiswa.” Katanya lagi.


Majlis penutupan KARISMA’20 yang bertempat di Stadium UKM turut dimeriahkan dengan selitan pertunjukan bunga api.

92 views0 comments