top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Hanya Beli dan Bungkus

Oleh: Fatihah Roslan

Penyunting: Farahin Fadzil



Sumber – Aizuddin Saad, myMetro


BANGI, 20 Mac – Berikutan dengan peningkatan kes penularan wabak Novel Koronovirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19, orang awam yang berkunjung ke restoran dan kedai makan dinasihatkan untuk tidak makan atau meluangkan masa di tempat makan tersebut.


Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac yang lalu, restoran dan kedai makan masih beroperasi untuk orang awam tetapi terhad untuk pembelian makanan jenis take away sahaja.


Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, “Orang ramai yang berkunjung ke restoran dan kedai makan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dinasihatkan untuk tidak makan di sana.


“Perintah ini adalah salah satu cara untuk mengawal penularan wabak COVID-19 dari merebak dengan lebih banyak.


“Saya berharap dalam tempoh terdekat ini, Majlis Keselamatan Negara akan memberikan banyak penjelasan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, Kuala Lumpur.


Nadi Bangi sempat mendapatkan pandangan Nur Bahirah Binti Jamil, pekerja restoran Nasi Kukus Ayam Rempah Malaya yang berkata, “Perintah Kawalan Pergerakan ini tidak menjejaskan perniagaan kerana masih ramai orang yang datang membeli dan membungkus makanan.”


Muhammad Hafiz Bin Yusof, pengunjung di restoran tersebut berkata,“Saya merasakan adalah lebih baik jika orang awam tidak makan di restoran atau kedai untuk mengelakkan mereka daripada terkena jangkitan virus COVID-19 juga menyebarkan virus tersebut.”


Muhammad Fadzil Bin Ramli, pekerja foodpanda pula berkata, “Akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan, pesanan makanan yang saya terima semakin meningkat.


“Bagi pendapat saya perkara ini bagus kerana dapat mengelakkan penyebaran virus COVID-19 serta wang pendapatan saya juga bertambah.”


Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik yang bermaksud wabak penyakit yang tersebar merentasi sempadan sehingga merebak ke seluruh dunia.

47 views0 comments

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page