top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Harga Komputer Riba Dijangka Akan Meningkat

Oleh: Fatiha Mahmood

Penyunting: Haziq Maricar


Sumber: Google


KUALA LUMPUR, 18 Mei - Harga komputer riba dan gajet elektronik dipercayai akan melambung tinggi di pasaran dengan kenaikan sehingga 70 peratus hasil daripada permintaan yang tinggi susulan pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


Pada tahun ini, dengan Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan ramai yang perlu bekerja dan belajar dari rumah. Selari dengannya, permintaan untuk komputer telah meningkat dengan mendadak berbanding kebiasaan.


Menurut salah satu peniaga jualan komputer riba secara online, Aris berkata, tidak sepatutnya peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga dengan pelbagai alasan kerana peranti itu amat diperlukan oleh anak-anak yang mengikuti proses PdPR susulan wabak Covid-19.


Tinjauan Nadi Bangi di kedai elektronik khususnya pusat bandaraya mendapati bahawa terdapat perbezaan yang ketara terhadap harga peranti yang dijual pada ketika ini berbanding tahun lalu. Sebagai contoh, komputer riba jenama A1 dijual pada harga sekitar RM1,300 seunit yang mempunyai chipset processor yang cukup rendah pada tahun lalu, kini telah pun naik 78 peratus mencecah RM2,322 seunit.


Komputer riba jenama A2 pula dijual pada harga RM1,899 seunit iaitu kenaikan sebanyak 46 peratus berbanding tahun yang lalu iaitu bernilai RM1,300. Bagi tablet jenama Samsung yang menjadi pilihan buat ibu bapa untuk proses PdPR, peranti itu yang dijual pada harga sekitar RM599 itu kini naik kepada RM759. Semua harga berkenaan diperoleh daripada beberapa peniaga di premis di pasar raya berkenaan.


“Keadaan ini berbeza daripada yang dahulu, sebelum Covid-19 pengeluaran tidak terhad jadi peniaga boleh restock model yang sama dan jual pada harga yang sama.”


“Namun sekarang pengeluar telah mengehadkan pengeluaran. Jadi kalau model terbabit habis, maka ia takkan dikeluarkan lagi,” katanya kepada Nadi Bangi pada Selasa.


Selain permintaan yang tinggi, pengeluar komputer juga turut menghadapi masalah dalam pengeluaran disebabkan kesukaran mendapatkan komponen dan panel peranti pada waktu yang ditetapkan. Ini secara tidak langsung membawa kepada peningkatan harga jualan di pasaran.


Beberapa model komputer riba dihantar melalui penerbangan yang mana kini agak kurang disebabkan oleh angka penerbangan yang kurang. Disamping itu, syarikat komputer dijangka akan bersaing dengan pengeluar vaksin dalam mendapatkan tempat dalam kargo penerbangan untuk tujuan penghantaran. Maka, harga komputer terus dijangka akan meningkat pada tahun 2022 kelak. Ini kerana kekurangan pengeluaran komponen, disamping kos penghantaran yang dijangka meningkat.


Sementara itu, Aris juga menyatakan “Andai kata kedai itu menjual pada harga melebihi yang dibenarkan, boleh tinggalkan dan cari kedai lain. Sekarang dunia di hujung jari, boleh juga buat perbandingan harga di online,” katanya.

66 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page