top of page
  • Writer's pictureAhmad Bhaihaqi

Hari Intermention Kembali dengan Pertunjukan Fesyen

Updated: Nov 15, 2022

Penulis: Ahmad Bhaihaqi

Penyunting: Priiyalakshmi A/P Kumarrajah



Sumber: Instagram @mentionsclub


BANGI, 26 OKT - Hari Interaksi Mention (Intermention) dihangatkan lagi dengan pertunjukan fesyen yang bertemakan stail 60-an pada waktu malam hari kejadian yang berlangsung di hadapan Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Pertunjukan fesyen ini juga turut dihadiri oleh pensyarah program Komunikasi Media seperti Dr. Hasrul Hashim, Dr. Shahrul Nazmi Sannusi dan turut dihadiri oleh Penasihat Kelab Mention, Dr. Shamsiah Abdul Kadir.


Hari Intermention ini merupakan sebuah aktiviti yang dilakukan bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan pelajar junior dan senior yang terdiri daripada tahun satu, dua dan tahun akhir.


“Hari Intermention ini merupakan satu acara yang sangat baik untuk dijalankan. Bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara pelajar junior dengan AJK Kelab Mention malahan dapat mengeratkan hubungan dengan pelajar senior,” ujar Nur Farzana Binti Uyub, 22.


Menurut Imran Bin Mohd Yusof, 22, Presiden Kelab Mention, beliau berharap dengan adanya acara seperti ini dapat menjalinkan persahabatan antara geng Mention dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam.


“Harapan saya agar semua geng Mention dapat mengenali antara satu sama lain dan dapat mengeratkan lagi ikatan persahabatan tanpa mengira umur mahupun senioriti,” katanya semasa malam penutupan Hari Intermention.


Para pelajar junior ketika ditemu bual oleh pihak Nadi Bangi menzahirkan perasaan gembira kerana dapat mengikuti program ini.


“Sememangnya pengalaman ini sangat bermakna bagi saya kerana saya dapat bekerjasama dengan senior-senior yang hebat belaka,” ujar Wan Zalia Farisha.


Selain daripada pertunjukan fesyen, Hari Intermention juga mengadakan aktiviti riadah pada waktu pagi di Gelanggang Sukan Kolej Keris Mas, UKM.

53 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page