• Nadi Bangi

HARIMAU MALAYA BENAM GARUDA, 2-0

Oleh : Nasuha Mizam Penyunting : Vikneswaran


(Sumber: Astro Awani)

KUALA LUMPUR 23 Nov - Harimau Malaya berjaya benam pasukan Garuda dalam aksi kelima pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 November 2019.


Aksi yang memberangsangkan dari skuad Harimau Malaya bimbingan Tan Cheng Hoe berjaya merembat dua jaringan gol sekaligus menutup peluang pasukan Garuda untuk membolos gol pasukan Malaysia.


Permainan bermula agak garang apabila Muhammad Safawi Rasid mempamerkan aksi cemerlang sejurus menjaringkan gol pertama pada minit ke-30.


Selang beberapa minit kemudian, jaringan tersebut disambut dingin oleh penyokong tegar Garuda dengan melontarkan provokasi ke atas pasukan dan penyokong Malaysia.


Muhammad Danial Iqbal Rosli, 25 penyokong Harimau Malaya yang berada di stadium berkata “Semasa kejadian penyokong Garuda Indonesia tidak senang duduk kerana sibuk menghentam dan memprovokasi penyokong Malaysia dengan kata-kata kesat dan isyarat lucah.


“Ada juga yang membaling ‘power bank’ dan suar ke arah kami sehingga menyebabkan segelintir anggota keselamatan tercedera”.


Aksi hebat dipamer pemain negara nyata tidak mampu disekat skuad kendalian Yesyen Tumena apabila ego skuad Garuda sekali lagi disentap menerusi jaringan kedua Malaysia oleh Safawi pada minit ke-72.


Muhammad Nazmi Adha, tahun 3 Fakulti Sains dan Teknologi berpendapat bahawa penyokong Garuda tidak mempunyai sikap professional, semangat berpasukan yang tinggi dan tidak matang.


“Mereka berlawan di sini (Stadium Bukit Jalil), namun tidak menunjukkan rasa hormat yang tinggi terhadap pasukan dan penyokong Malaysia dengan melalukan provokasi ke atas kami” katanya ketika ditemubual sejurus tamatnya perlawanan bola sepak yang ditonton beramai-ramai di kafe Kolej Tun Hussein Onn.


Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq menzahirkan rasa kesyukuran menerusi laman twitternya dengan memuat naik kicauan “Tahniah Harimau Malaya 2-0! Persembahan yang meyakinkan daripada pasukan negara kita. Tahniah juga kepada penyokong bola sepak negara. Sokongan dan sorakan dari semua memberikan semangat kepada pemain kita!”.

30 views0 comments

Related Posts

See All