• Muhamad Nazeem

Harimau Muda Berhadapan Tugas Getir Di Separuh Akhir Sukan SEA Hanoi 2022

Penulis: Muhamad Nazeem Muhamad Nazri

Penyunting: Muhd Syakir Ahmad Sazali


Sumber: famalaysia


BANGI: Skuad Bola Sepak bawah 23 tahun negara bakal berhadapan tugas getir dalam saingan separuh akhir Sukan Sea berhadapan dengan pasukan tuan rumah, Vietnam pada 19 Mei 2022 di Stadium San Van Dong Viet Tri.


Skuad muda negara terpaksa akur untuk berhadapan juara kumpulan A apabila terikat dengan keputusan seri 2-2 menentang Kemboja dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan. Keputusan tersebut telah meletakkan skuad muda negara berada di kedudukan ke-2 dalam saingan kumpulan B di belakang pasukan Thailand.


Peminat bola sepak negara berasa teruja apabila skuad muda negara berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir walaupun terpaksa berhadapan dengan pasukan pilihan juara.


“Saya harap perlawanan esok pasukan Malaysia boleh menang sebab apa yang saya tengok sekarang pemain Malaysia lebih yakin dan tidak menunjukkan jurang yang besar dengan pasukan lawan, ramalan saya 2-0 untuk harimau malaya,” ujar peminat bola sepak negara.


Che Adam, 24, menjangka satu perlawanan yang sengit di antara kedua-dua pasukan yang dalam misi memburu ibu segala pingat di Sukan Sea Hanoi 2022.


“Pada pendapat saya pasukan Vietnam ini antara pasukan yang terkuat di asia tenggara tetapi saya harapkan Malaysia dapat membuat persediaan yang rapi dan secukupnya untuk berhadapan dengan Vietnam yang mempunyai kelebihan bermain di halaman sendiri.


“Pastinya satu perlawanan yang sengit bakal kita lihat dan saya jangkakan skuad muda negara boleh menang dengan keputusan tipis 1-0,” katanya.


Bagi saingan separuh akhir ke-2, Thailand selaku juara kumpulan B bakal bertemu dengan naib juara kumpulan A, Indonesia yang dijadualkan pada 19 Mei 2022 di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, Vietnam jam 5 petang.

14 views0 comments

Related Posts

See All