top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Hasrat Anak Untuk Menyarung Jubah PhD Pada Ayah Tercapai

Oleh: Izzati Azali

Penyunting: Aina Syuhadah



Sumber: Oh Bulan!


BANGI, 12 April - Hasrat seorang anak lelaki bernama Hairul Faeizi Lokman (34 tahun) atau dikenali sebagai “Dekrol” untuk menyarung jubah kepada ayah yang uzur (91 tahun) sebagai tanda terima kasih tercapai apabila beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD).


Menurut daripada sumber Oh Bulan!, di laman media sosial Instagram, Hairul Faiezi Lokman telah menyatakan bahawa pembelajaran ijazah doktor falsafah (PhD) itu telah dibiayai sepenuh oleh duit cenderamata yang diberi oleh ayahnya.


“Saya terus nekad untuk gunakan wang tersebut dan infakkan sebagai harta yang cukup besar lagi bermakna untuk ayah” kata beliau dalam kenyataan tersebut.


Anak bekas peneroka Felda itu juga turut berkongsi sikap ayahnya yang kerap bertanya dan mengambil berat berkaitan pembelajarannya. Menurut kenyataan itu lagi, ayahnya juga tampak jelas meletakkan satu harapan besar terhadap anaknya itu.


“Abah kata dulu, beliau pernah secara sukarela bawa anak kawannya pergi temuduga MARA naik motor berhujan, jauh di Kuala Lumpur dan anak kawannya itu kini sudah menjadi seorang profesor di Universiti Teknologi Mara ( UiTM)” katanya lagi.


Pensyarah Akademik itu turut berkata bahawa semangatnya untuk terus berbakti dan banggakan ayahnya yang sudah tua itu bermula dari masa itu sehingga kini.


“Belajar PhD pun perlu periksa kesihatan?” kata ayah beliau selepas diberitahu bahawa beliau akan menduduki ujian lisan (VIVA) PhD. Menurut kenyataan tersebut, kata bapanya itu hanyalah gurauan semata-mata yang mengusik anaknya.


Sementara itu, beliau juga turut bangga mengatakan bahawa ‘Lokman H.F’ yang merupakan nama ayahnya di hadapan telah menjadi rujukan buat orang lain yang membaca journal yang ditulisnya.


Menurut kenyataan tersebut, beliau yang kini merupakan seorang Pensyarah Akademik di Jabatan Pengembangan Profesionalisme Keguruan berjaya memenuhi impiannya bagi menjadi seorang anak yang berguna dan hebat di mata ayahnya sendiri sehingga kini.

116 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page