top of page
  • Writer's pictureChai Matthew

Havoc Market Kumpul Penggemar Hot Wheels di Bawah Satu Bumbung

Penulis: Chai Matthew

Penyunting: Chin Ee May


PETALING JAYA, 26 Jun - Sebuah acara Havoc Market yang mengumpulkan penggemar-penggemar kereta mainan Hot Wheels di bawah satu bumbung telah diadakan di Atria Shopping Gallery baru-baru ini.


Menurut seorang pengasas Team Havoc, Mohd Nazim Badruddin berkata, “Sebenarnya ini merupakan pameran yang keempat. Sebelum ini kami pernah mengadakan dua acara yang dinamakan sebagai The Grand. Kemudian, kami telah mengadakan satu acara di dewan Hotel Amara, Subang Jaya, buat kali pertama di Malaysia. Acara-acara ini biasa dilakukan di Amerika Syarikat.”


“Setelah PKP, saya sebagai penggemar Hot Wheels dan penganjur acara untuk tapak-tapak niaga telah bekerjasama dengan Tok Janggut dan Khairul Anwar untuk mengeluarkan satu idea macam mana kita nak kumpulkan penggemar-penggemar Hot Wheels ini di dalam satu bumbung dan membuat tapak jualan untuk memeriahkan lagi suasana Hot Wheels di Malaysia,” tambah beliau.


Acara ini dihadiri oleh 28 peniaga-peniaga Hot Wheels dari Pulau Pinang, Johor, Perak, dan Kuala Lumpur serta Singapura.



Selain perdagangan model kereta mainan Hot Wheels, Havoc Market juga mengadakan cabutan bertuah, lelong, perlumbaan Hot Wheels, serta pertandingan-pertandingan khas. Terdapat kereta mainan Hot Wheels yang dilelong sehingga mencecah seribu ringgit.


Pameran Havoc Market ini mendapat sokongan daripada Hot Wheels Collector Malaya, Hot Wheels Custom Gempak, Hot Wheels Racer Tegar, dan Atria Shopping Gallery.


Team Havoc merupakan sebuah kumpulan yang diasaskan oleh Fazrul Nizam (Tok Janggut), Mohd Nazim Badruddin (Gigs Hokwil), dan Khairul Anwar Abd Rahim (Kenya) dan terdiri daripada beribu-ribu penggemar diecast sekitar Lembah Klang. Kumpulan ini diasaskan sejak tahun 2019.


Sebuah pameran Mega Havoc yang menyasarkan penyertaan lebih seratus peniaga Hot Wheels dijangka akan diadakan di dalam ruang acara Atria Shopping Gallery pada bulan November tahun ini.



94 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page