top of page
  • Writer's picturePhuan Kennie

“Hello Summer Bazaar” Tawar 24 Jenama Unik Tempatan

Penulis: Phuan Kennie

Penyunting: Nur Ezzati Rosli

Sumber : Nadi Bangi


PETALING JAYA, 19 Jun – Sebanyak 24 perniaga kecil tempatan daripada kategori seni dan gaya hidup menyertai “Hello Summer Bazaar” di KEDAI KL, The Lorong Centre Court pada 17 hingga 19 Jun.


Sepideh Asgharzadeh, Pengurus KEDAI KL berkata, tujuan bazar ini diadakan oleh KEDAI KL adalah untuk mewujudkan satu komuniti kepada kreatif tempatan dan pemilik perniagaan kecil. Bazar ini juga merupakan satu platform kepada mereka untuk mempamerkan jenama atau produk masing-masing.


“Kami biasanya merancang sekitar 3-4 bulan lebih awal. Bazar kami kini habis dijual sehingga September 2022 dan kami sudah merancang untuk mengadakan lebih banyak bazar sehingga akhir tahun 2022,”


Beliau berkata hampir 3,000 orang menghadiri Hello Summer Bazar ini, mereka mencapai tahap ini dengan banyak percubaan dan kesilapan. Pada mulanya, cabaran terbesar bagi mereka adalah merekrut vendor.


“Walau bagaimanapun, kita cukup bernasib baik untuk mendapatkan lebih banyak pengiktirafan sebagai salah satu komuniti perniagaan tempatan yang kecil sehingga lebih mudah bagi kita untuk merekrut vendor sekarang dan memandangkan menyokong komuniti perniagaan kecil, kami juga perlu memastikan bahawa yuran kami berpatutan,” katanya.


KEDAI KL, menawarkan lebih daripada 60 unit lot kedai seni dan budaya terpilih di dua tingkat, yang terletak di Mahsa Avenue Kuala Lumpur. KEDAI KL Centre Court dinamakan “The Lorong” adalah ruang dimana bazar dan acara diadakan.


Matlamat KEDAI KL adalah untuk menghimpunkan usahawan, artis, pereka tempatan dalam “Street Market Concepts”, dengan memfokuskan kepada produk dan perniagaan tempatan. Ia dilancarkan pada tahun 2019.


Jordan Seke Wei Xing, 22, berkata sangat teruja kerana tempat yang baik untuk chill bersama keluarga dan rakan-rakan dan persekitaran yang sangat menyenangkan serta satu tempat yang dipenuhi dengan barangan artisanal dan estetik untuk dilihat.


Pelbagai produk dan perkhidmatan yang boleh didapati di KEDAI KL, iaitu dari kedai kasut ke kedai aksesori dan pakaian, kafe bergaya, galeri seni digital, tattoo parlour, creative workshop space dan sebagainya. Kedai-kedai di situ bersaiz kecil, berukuran antara 220 hingga 440 kaki persegi.


Toh Xin Yi, 29, peniaga di KEDAI KL berkata, beberapa produknya adalah handmade dan mereka juga menawarkan bengkel kepada pelanggan, dimana pelanggan dapat customized rantai dan anting sendiri. KEDAI KL menggalakkan dan mengalu-alukan jenama tempatan untuk menjadi sebahagian daripada mereka.


22 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page