top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Henry Golding Nasihat Periksa Kesihatan Mental Orang Tersayang

Oleh: Aina Safuan

Penyunting: Izzati Azali


Sumber: Instagram @henrygolding

LOS ANGELES, 5 Julai - Pelakon kacukan Malaysia-British, Henry Golding baru baru ini menyatakan kebimbangannya terhadap peningkatan kadar bunuh diri di Malaysia dalam post Instagram beliau dan mememberi nasihat untuk periksa kesihatan mental orang tersayang Ahad lalu dengan pesanan khas “terutamanya untuk rakan-rakan saya di Malaysia”.


Pelakon Hollywood yang terkenal dengan filem Crazy Rich Asian itu juga turut mengatakan bahawa ianya penting untuk membicarakan masalah ini dan mendorong agar sesama rakyat Malaysia menghubungi rakan dan keluarga terdekat mereka bukan hanya untuk membuat perbincangan kosong tetapi juga menanyakan khabar terutamanya pada yang sedang bekerja ataupun bersendirian di rumah.


"Satu perkara yang ingin saya sampaikan kepada semua orang adalah, terdapat orang di luar sana yang memikirkan anda dan risau akan kesejahteraan anda," ujar beliau lagi di dalam post Instagram TV itu.


Beliau juga mengatakan bahawa dalam masa yang mencabar ini, terdapat beberapa pihak yang menganggap ringan terhadap keadaan sakit mental. Namun, hal ini boleh menyebabkan seseorang itu ingin membunuh diri terutamanya ketika menghadapi masalah kewangan, kekurangan sumber makanan dan masa depan yang tidak menentu berikutan kehilangan pekerjaan. Ketiadaan interaksi sosial dan terkurung di tengah bandar yang berpenduduk padat seperti Kuala Lumpur juga menjadi salah satu faktor peningkatan pembunuhan diri.


"Hal ini sangat mudah. Fikirkan tiga rakan yang mungkin memerlukan teks atau panggilan telefon selama tiga hingga empat minit untuk memeriksa mereka dan benar-benar bertanya tentang keadaan mereka,” katanya dalam siaran TV Instagram selama empat minit baru-baru ini.


Bukan itu sahaja, Henry Golding juga telah mencadangkan beberapa sumber untuk orang ramai hubungi sekiranya mereka memerlukan sokongan moral seperti Befrienders KL dan Malaysian Health Association.


Memandangkan kadar bunuh diri sekarang semakin tinggi, semua anggota masyarakat harus memainkan peranan yang penting dalam mencegah masalah ini. Individu yang menghadapi masalah kewangan, fizikal, emosi, atau keluarga, serta mereka yang mengalami kemurungan disarankan meminta pertolongan dari saudara dan rakan terdekat mereka dan sama sama menolong kesejahteraan mental mereka.


"Angka bunuh diri kini sangat menyedihkan. Kita harus melakukan sesuatu mengenainya. ” katanya lagi.


Abdul Jalil Hassan, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (CID), mengatakan bahawa dari 2019 hingga Mei 2021, 872 mangsa berada di dalam lingkungan umur 15 dan 18 tahun sementara 668 mangsa berusia antara 19 dan 40 yang telah membunuh diri. Bukan itu sahaja, Selangor mencatatkan jumlah kes bunuh diri tertinggi antara Januari dan Mei tahun ini dengan 117 kes, sementara Johor menduduki tempat teratas dalam kes bunuh diri bagi tahun 2019 dan 2020 dengan jumlah 101 kes.


Justeru itu, mereka yang menginginkan pertolongan moral boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia untuk mendapatkan bantuan di negeri yang berlainan; atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499), menurut Malay Mail.



136 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page