top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Hentakan “Tok Gajah” Semakin Lemah

Oleh: Rahimi Rahim

Penyunting: Azmi Nordin


Sumber: Instagram Sri Pahang FC


KUANTAN, 24 April - Diibaratkan bagai sudah jatuh ditimpa tangga, pasukan Sri Pahang sekali lagi menerima kekalahan yang ketiga kali berturut-turut setelah tumpas kepada pasukan sedang meningkat naik Pulau Pinang FA dengan jaringan tiga berbalas kosong di Stadium Bandaraya,George Town,Pulau Pinang pada Sabtu. Nasib Sri Pahang FC bertambah derita selepas kekalahan ketiga secara berturut turut selepas tumpas ke tangan Pulau Pinang FA di dalam saingan Liga Super Malaysia dengan jaringan tiga berbalas kosong di Stadium Bandaraya,George Town,Pulau Pinang, sabtu lepas.


Pasukan Sri Pahang yang dahulu dikenali sebagai “Pahang FA” kini tampak suram berikutan aksi para pemain semakin tumpul akhir-akhir ini. Dipetik daripada laman sesawang sukan ScoreBoard,-statistik menunjukkan selepas 10 perlawanan yang dimainkan dalam Liga Super bagi tahun 2021 ini, Sri Pahang cuma mencatatkan satu kemenangan iaitu ke atas pasukan Sabah FC dengan keputusan tipis 2-1 di gelanggang sendiri. 7 kekalahan direkodkan dalam tempoh 10 perlawanan dan ini menunjukkan pasukan ini sedang menghadapi musim yang tidak begitu memberansangkan.


Dalam aksi menentang Pulau Pinang pada Sabtu, skuad Tok Gajah diasak dari awal permainan dengan serangan bertubi-tubi sehinggakan pihak lawan berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-11. Benteng pertahanan Sri Pahang tampak kucar-kacir tanpa kelibat tunggak import pertahanan utama mereka Herold Goulon pada awal babak permainan.


Hasil daripada prestasi yang kurang memberansangkan ditunjukkan oleh pasukan gergasi pantai timur ini, ramai penyokong mula membanjiri ruang komen media sosial rasmi Sri Pahang FC. Kebanyakan komentar yang dilemparkan adalah berbentuk kecaman dan rayuan agar induk pengurusan pasukan Sri Pahang mengkaji semula apa yang terjadi sehinggakan pasukan kesayangan mereka tampil dalam prestasi yang tidak begitu baik bagi Liga Super musim ini.


Menurut akaun Instagram Elephant Army Official iaitu kelab penyokong rasmi pasukan Sri Pahang, terdapat satu gambar dikongsi yang menunjukkan KPI pasukan Sri Pahang tidak memberansangkan. Dalam kongsian tersebut admin menyertakan luahan rasa kesal para penyokong tegar ini terhadap prestasi dan pengendalian skuad Tok Gajah itu.


"Kepada pemilik dan pembuat keputusan dalam Sri Pahang FC ini, enough is enough. Jangan suruh kami penyokong bersabar. Kami jauh lebih bersabar dari mereka penipu yang berkomplot nak tukar jurulatih dengan alasan 2 kali kalah”. Sedikit petikan daripada ahli kelab penyokong pasukan Tok Gajah yang sudah lama menjadi pemain nombor 12 pasukan itu.


Sri Pahang yang dahulunya merupakan antara pasukan terkuat sebaris dengan gergasi Harimau Selatan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT). Kini peluang untuk bermain dipentas kejuaraan besar seperti Pusingan Akhir Piala FA ataupun Asian Football Confederation Cup (AFCC) dilihat hanya angan-angan kosong sahaja.


Selain daripada kemelut prestasi para pemain yang mula merudum, konflik dalaman yang berlegar di media-media berkaitan isu tunggakan gaji para pemain disebabkan Pandemik Covid-19 turut menjadi faktor kepada era kejatuhan pasukan ini. Pemain-pemain terbaik yang lahir daripada pasukan ini mula berhijrah keluar untuk mencari pasukan yang lebih stabil bagi mereka sebagai contoh Mohamadou Sumareh yang sudah angkat kaki berhijrah ke pasukan lain.


Sri Pahang bakal menerima kunjungan pasukan Uitm FC di Stadium Darul Makmur,Kuantan,Pahang pada 28 April. Sama-sama kita saksikan dapatkah Sri Pahang memenangi perlawanan ini dan kembali semula dalam misi mereka untuk mencabar kelompok teratas Liga Super Malaysia sekaligus menjuarai liga.

71 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page