top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Hujan Berterusan Punca Shah Alam dan Putrajaya Banjir Teruk.

Penulis: Kiranraj Perupathy, Muhammad Yusry Haiqal Bin Yusof

Penyunting: Nurnabila Huda Subandry, Nur Aiman Syahmi Bin Zainuddin


Sumber Foto: MalaysiaGazette


SHAH ALAM, Nov 8: Hujan lebat yang berterusan pada Nov 8 telah menyebabkan penduduk Taman Sri Muda menghadapi banjir kilat kali kedua.


Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengeluarkan notis mengarah penduduk untuk menggerakkan kenderaan mereka ke tempat yang tinggi serta beberapa penduduk Taman Sri Muda telah bergerak keluar daripada rumah mereka di Taman Sri Muda dan pergi ke tempat lain.


Dhayasyri Muniandy, pelajar tahun 3 FST, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang

merupakan penduduk Taman Sri Muda berkata bahawa mereka dapat menguruskan situasi dengan lebih tenang dengan bantuan daripada penduduk yang lain dan pihak polis”.


“Disebabkan ini merupakan kali kedua saya menghadapi situasi ini, saya dapat menguruskan situasi ini dengan tenang dan tidak panik dengan pertolongan yang diberikan oleh rakyat lain yang membantu kami untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat”.


“Kali ini, pihak polis telah memberi amaran kecemasan dengan lebih awal setelah paras air meningkat dan saya bersama keluarga saya telah segera berpindah dari rumah kami sebelum situasi menjadi lebih teruk. Kekuatan mental juga memainkan peranan dalam menangani situasi tersebut supaya kita dapat mengatasi banjir ini”.


Sebahagian daripada Seksyen 17, Seksyen 24, Seksyen 25, Seksyen 32, Seksyen 36, Bukit Naga, Alam Impian, Bukit Jelutong, Bukit Kemuning, Bukit Rimau, dan Lebuhraya Shah Alam turut terjejas, selain Taman Sri Muda.


Turut memberi tumpuan apabila Perbadanan Putrajaya (PjC) melalui akaun rasmi Facebook, memuat naik video klip berdurasi 21 saat menunjukkan banjir yang berlaku di sebuah terowong di Presint 5, Putrajaya, kira-kira jam 3 petang pada Selasa yang lalu.


Sumber Foto: Facebook Perbadanan Putrajaya (PjC)


"Berhati-hati semua pengguna kenderaan menghala ke laluan terowong Presint 5 Putrajaya. Kenaikan air akibat hujan lebat boleh membahayakan kenderaan anda.


"'Team task force' sedang melaksanakan pemantauan dan langkah-langkah sewajarnya untuk tangani isu ini," demikian kepsyen yang ditulis.


Susulan daripada masalah ini, Nadi Bangi sempat menemuramah Nurul Syazryna, 26, salah seorang mangsa yang menggunakan jalan tersebut sebagai laluan utama untuk pulang dari tempat kerja.


“Saya juga terkejut melihat air yang tiba-tiba naik sebab hujan berlarutan hanya sejam di sini”, katanya.


Berikutan dengan kejadian ini, dia agak terkejut dengan banjir yang berlaku kerana menurut dia, kawasan ini jarang dinaiki air sehingga mengakibatkan banjir.


“Sudah hampir tiga tahun saya menggunakan jalan ini untuk pulang ke rumah dari tempat kerja, ini pertama kali kawasan ini mengalami banjir yang agak teruk”.


“Kali ini lebih terkejut sebab hujan hanya satu jam tapi boleh menyebabkan air naik begitu tinggi”, katanya yang sudah tiga tahun menggunakan jalan tersebut, katanya.


Nurul Syazryna, 26, sempat menceritakan keadaan ketika melalui jalan menghala ke laluan terowong Presint 5 Putrajaya.


“Sebelum melalui jalan yang dinaiki air, pada mulanya saya agak takut kerana risau kerosakan berlaku terhadap kenderaan, tetapi saya teruskan juga memandangkan kereta lain juga turut bergerak.


“Saya memandu Perodua Bezza, paras air ketika itu saya anggarkan separuh tayar kereta saya”, katanya yang memandu sebuah Perodua Bezza.


Dia juga berharap agar kejadian ini tidak berulang lagi dan mengharapkan ada tindakan yang diambil bagi membendung masalah ini.


“Saya risaukan keselamatan saya serta pengguna jalan raya yang lain jika masalah ini berterusan, jadi saya harap ada tindakan yang akan diambil oleh pihak bertanggungjawab sebab perkara ini melibatkan keselamatan pengguna jalan raya”, katanya ketika ditemuramah di Presint 5, Putrajaya.

60 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page