Nadi Bangi
Hujan Tidak Memadamkan Semangat Solidariti Terhadap Palestin
Penulis : Muhammad Amir Ridzuan Bin Ruslee.
Penyunting : Aisyah Antasya binti Shamsol Jazlisham

Sumber foto: YouTube UKM
BANGI, 20 Okt – Perarakan pada hari Jumaat yang penuh barakah dari masjid UKM ke dataran panggung seni, telah menggegarkan UKM sebagai tanda solidariti terhadap pejuang-pejuang Palestin. Perarakan ini turut disertai oleh komuniti di Bangi sebagai tanda solidariti terhadap pejuang-pejuang Palestin.
Terdapat lebih dua ratus orang yang telah menghadiri himpunan tersebut untuk menzahirkan rasa kebencian dan amarah terhadap zionis Israel yang melakukan jenayah dalam peperangan. Walaupun cuaca hujan, tetapi ianya tidak mematahkan semangat komuniti Bangi serta warga UKM untuk bersolidariti terhadap rakyat Palestin.
Himpunan ini juga diisi dengan ucapan-ucapan dari wakil setiap kelab di UKM yang turut turun padang untuk menunjukkan semangat solidariti terhadap pejuang-pejuang di Palestin. Isunya kini, ia bukan sahaja menjadi jihad untuk umat islam, bahkan ianya juga sudah menjadi isu dunia untuk menegakkan hak asasi manusia.
Menurut Ketua Himpunan Solidariti Palestin Peringkat UKM, Ammar Syabil, “himpunan ini ialah salah satu langkah yang di ambil oleh pihaknya bagi menzahirkan rasa amarah terhadap zionis Israel. Himpunan yang tak berapa aman ini menjadikan himpunan ini lebih berimpak besar kerana semua orang yang hadir mengeluarkan/menunjukkan rasa benci mereka terhadap zionis Israel pada tahap yang optimum”.
“Ini bukan program akademik yang boleh dilakukan dengan cara wacana dan juga forum, himpunan inilah yang akan menjadi ‘blood booster’ kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM yang akan membuatkan mereka lebih cenderung untuk konsisten menyuarakan isu Palestin”.
“Isu Palestin ini bukanlah ‘trendy’ begitu juga dengan solidariti. Kerana itu ilmu juga penting dalam menjadi aktivis yang lebih konstruktif dan efektifsetanding dengan pengetahuan asas tentang sejarah sejarah Palestin. Justeru tiada istilah neutral dalam diri untuk menunjukkan sokongan terhadap Palestin yang tanah airnya harus dimerdekakan daripada cengkaman kuku besi zionis Israel”.
“Saya juga melihat pada masa hadapan untuk mahasiswa mahasiswi berusaha untuk menubuhkan pertubuhan bukan Kerajaan (ngo) yang diselia oleh mahasiwa mahasiswi UKM sendiri untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin”.