Oleh: Amirah Syazwani Shawel
Penyunting: Rienna Kaur
Sumber: Instagram
KUCHING, 4 Mei - Tindakan sepasang suami isteri yang memberikan rokok elektronik atau vape dan meyua ke mulut anak mereka yang baru berusia 2 tahun telah mengundang kemarahan netizen.
Penularan video klip daripada Instagram seorang pengguna dengan gelaran @eykasweet_ yang menunjukkan seorang bayi yang tidak berbaju diberikan vape oleh bapanya sebanyak dua kali semasa menonton rancangan kanak-kanak dan telah dirakam oleh ibunya sebagai ‘hiburan’ mereka. Umpama dalam kesakitan, bayi tersebut seperti mendengus dan mengerutkan mukanya sambil menekup muka setiap kali menghisap vape bapanya.
Kata si ibu dalam video tersebut, sudah 3 kali anak kecilnya menghisap namun dibiarkan sahaja.
“Dah 3 kali, dah 3 kali. Mummy cakap apa?”
Niat ingin berkongsi pengalaman kepada pengikut bertukar menjadi tragedi apabila mendapat maklum balas yang negatif daripada pengikut akaun Instagramnya. Walaupun begitu, si ibu memilih untuk mempertahankan tindakannya yang sudah terang lagi bersuluh ialah salah dengan menulis komen di ruangan Instagram Story.
“Anak aku sukahati aku, aku yang jaga dia bodoh!”
Setelah mengetahui respons yang diberikan oleh ibu kepada anak kecil itu, pengguna @pedoqpop membuat keputusan untuk berkongsi video dan skrin tangkap jawapan si ibu bersama 157, 100 pengikutnya di laman sosial Twitter yang menerima pelbagai reaksi daripada pengguna aplikasi tersebut.
Balas ‘Seoylie’ kepada video tersebut,“Sebilangan ibu bapa tidak seharusnya memiliki anak”
‘Tutiessss’ pula menyoal langkah yang akan diambil oleh Jabatan Kebajikan Kanak-Kanak terhadap isu ini.
“Jabatan Kebajikan Kanak-Kanak tak nak ambil tindakan kah? Kenapa mereka diam sahaja?”
Selepas video mereka viral di beberapa media sosial, bapa kepada bayi berusia 2 tahun itu telah membuat keputusan untuk memohon maaf di Facebook. Si bapa telah menjelaskan apa yang berlaku hanyalah gurauan semata-mata kerana anaknya itu mempunyai perwatakan yang ganas dan lasak.
“Saya bukan memaksa atau mendera dia, saya cuma bergurau.”
“Sesiapa yang mengikuti akaun isteri saya mesti tahu bahawa anak saya agak lasak dan ganas, dan memilih untuk bermain dengan mainan yang tidak sesuai dengan umurnya malah berkeras sekiranya menginginkan sesuatu.”
Si ayah juga meminta agar pengguna media sosial tidak melibatkan isterinya kerana sebagai seorang wanita, si isteri tidak mampu menerima komen negatif yang dihasilkan oleh individu lain.
“Jangan libatkan isteri saya, saya rasa sebagai seorang perempuan dia tidak kuat menerima maki hamun”
Menurut seorang pengguna Facebook ‘Adelin Zin’, anak kecil tersebut telah diselamatkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan telah menjalani penilaian kesihatan di hospital.
‘Akhi Fairuz Al-Jengkawi’, seorang pengguna yang suka berkongsi tentang isu kanak-kanak dan remaja menjelaskan kepada salah seorang netizen bahawa bayi tersebut akan kembali ke pangkuan ibu bapanya setelah diyakini kesihatan fizikal dan mental si ibu.
Berdasarkan komen ‘Suri Rumah Membebel’ langkah yang terbaik sekiranya perkara seperti ini berlaku adalah dengan membuat aduan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Twitter @KPWKM. Beliau juga berkongsi skrin tangkap tentang maklumat daripada laman sesawang JKM tentang bagaimana aduan penderaan dan pengabaian kanak-kanan boleh dilakukan oleh orang ramai selain daripada membuat aduan di media sosial.
THATS TRUE !!! SOME PEOPLE JUST DON’T DESERVE KIDS