Phuan Kennie
Ibu Tunggal Dengan Enam Anak Berjuang Jalani Dialisis 16 Tahun
Penulis: Phuan Kennie
Penyunting: Nur Ezzati

Sumber : Nadi Bangi
Noristiwa Nawawi, 53, yang berasal dari Kuala Lipis kelihatan ceria dan sentiasa memberikan senyuman manis. Namun siapa sangka disebalik senyuman manis itu Noristiwati yang merupakan seorang ibu tunggal yang perlu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga serta diuji pula dengan sakit pinggang.
Beliau sebagai seorang guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) di SK Wan Ibrahim Kuala Lipis, Pahang. Akibat keadaan itu, rutin hidup guru (Kafa) berubah sejak tahun 2006 apabila terpaksa berulang alik menjalani rawatan dialisis setiap minggu selama 16 tahun.
Bayangkan berapa jam yang beliau perlukan untuk mencuci darah? Beliau mencuci darah dari pukul sebelas pagi hingga pukul 5 petang. Beliau biasanya berjalan kaki ke hospital untuk mencuci darah kerana tiada kenderaan sendiri. Timbul persoalan, adakah makanan dan gaya hidup beliau berubah? Apa cara dan usaha yang boleh dilakukan untuk menjaga buah pinggang?
Bilangan pesakit buah pinggang di seluruh negara dijangka meningkat 106,000 menjelang tahun 2040. Buah pinggang memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan fungsi tubuh kita yang sihat. Buah pinggang berfungsi untuk pengeluaran darah dan mengawal tekanan darah serta menghasilkan hormon yang menguruskan kesihatan tulang.
Gaya hidup dan makanan beliau berubah apabila menghidap penyakit buah pinggang. Contohnya, banyak makanan yang perlu dikurangkan ialah makanan dalam tin. Hal ini kerana pengambilan makanan dalam tin perlu dikawal mengandungi kandungan geram yang tinggi. Garam adalah penting untuk badan tetapi penggunaanya perlu dihadkan iaitu tidak lebih dari 5.8 gram. Penggunaan garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah dan terlalu banyak tekanan pada buah pinggang.
Beliau harus mengawal pengambilan air atau cecair dengan menghadkan jumlah air atau cecair yang diambil setiap hari sebanyak 500ml sahaja. Oleh itu, pengambilan air mereka perlu disukat setiap hari. Hal ini disebabkan pengambilan air yang terlalu banyak dalam sehari boleh menyebabkan pembengkakan pada bahagian badan akibat penakungan air dalam badan dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas. Makanan yang mengandungi air perlu dikawal seperti aiskrim, tembikai, rambutan dan sebagainya.
Pesakit buah pinggang juga tidak dibenarkan mengambil makanan yang tinggi protein seperti soya, kacang dan daging merah seperti daging lembu. Walaubagaimanapun, pesakit masih dibenarkan untuk makan daging ayam. Hal ini kerana makanan yang tinggi protein boleh membebankan buah pinggang kerana kegagalan buah pinggang menyebabkan protein yang diambil tidak dapat ditapis oleh buah pinggang yang bermasalah. Pesakit disarankan pemakanan yang tinggi karbohidrat dan rendah protein.
Pesakit buah pinggang juga harus mengurangkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi kalium seperti kailan, brokoli, sawi hijau, ubi keledek, anggur, nangka, durian, pisang mangga.
Walaubagaimanapun, pesakit masih boleh mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan tersebut dalam jumlah yang sedikit, ataupun mengambil sayuran dan buah-buahan dengan kandungan kaliumnya yang rendah seperti kangkong, kobis, taugeh, epal dan sebagainya. Hal ini disebabkan kalium yang tinggi jika diambil boleh menyebabkan pesakit buah pinggang boleh mengalami degupan jantung yang luar biasa atau berhenti dengan tiba-tiba. Saranan kalium bagi pesakit buah pinggang adalah kira-kira 1500-2000 mg sehari sahaja.
Pesakit buah pinggang juga tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja berat. Jika pesakit malukukan dialysis, proses dialisis itu sendiri menyebabkan banyak nutrien yang diperlukan tubuh turut tersingkir dan tubuh pesakit akan cepat lemah dan tidak bertenaga. Oleh itu, pesakit perlu mengambil vitamin tambahan untuk menggantikan semula nutrisi yang telah hilang sewaktu dialisis.
Pesakit buah pinggang biasanya akan diberikan kalsium dan vitamin seperti vitamin C dan vitamin B untuk membantu memulihkan tenaga menggantikan semula nutrisi yang hilang setelah mereka melakukan dialisis.
Dengan hanya mengharapkan pendapatan sebagai guru Kafa, beliau dapat memenuhi perbelanjaan kehidupan seharian dan menyara enam anak termasuk yang masih bersekolah. Beliau tinggal di sebuah kuarters kerajaan.
Namun, beliau tabah dan kental dalam mengharungi dugaan hidup apabila masih mampu meneruskan pengajian di Open University Malaysia (OUM). Noristiwati membuktikan faktor usia, status ibu tunggal, menyara anak-anak malah rutin dialysis bukanlah menjadi penghalang.