top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Ikan Laga Kampung Jadi Buruan

Oleh: Dina Syafiqah Mohd Zan

Gambar: Dina Syafiqah Mohd Zan

Penyunting: Fath Abu Bakar

Gambar Ikan Betta Imbellis


KULAI, 16 Jan - Baka ikan laga kampung jenis Imbellis menjadi buruan peminat ikan hiasan apabila ia mudah untuk didapati hanya di kawasan kebun kelapa sawit atau kawasan yang mempunyai alur air yang keruh.


Keunikan ikan laga jenis Imbellis ini sudah menjadi trend dan kegilaan masyarakat setempat untuk turut menternak sendiri ikan laga ini ataupun dibuat sebagai perhiasan di rumah kerana corak ikan yang cantik dapat dijual dengan harga yang lebih mahal dan boleh mencecah lebih RM 100 seekor.


Nadi bangi sempat menemu ramah peminat ikan laga baka Imbellis, Mohd Zan Zaiton, 64. “Saya ada lebih 20 ekor ikan laga baka Imbellis ini dan beberapa ekor jenis baka lain”.


“Saya selalunya cari ikan laga di kawasan alur air di kebun kelapa sawit yang airnya cetek dan tidak berarus. Jika air keruh kebarangkalian ikan ada tu lebih tinggi”.


“Saya bela ikan laga ini hanya suka-suka dan sebagai perhiasan di akuarium. Saya suka dengan warna ikan yang cantik merah berkilat dan kebiru-biruan” kata Mohammad Haziq, 27, yang juga merupakan peminat ikan beta imbellis.


Tambahnya lagi, “Selalunya kalau baru tangkap ikan itu, warnanya pada badan ikan memang akan putih dan tidak berwarna kerana ikan itu masih terkejut. Tapi selepas beberapa jam diasingkan warna ikan akan lebih naik berkilat kepada warna asalnya”.


Wartawan Nadi Bangi juga sempat menemu ramah penternak ikan betta Imbellis yang menjadikan ikan ini sebagai ternakan dengan membiakkan ikan itu sendiri di kediamannya.


Menurut Mohd Zaidi, 54 “Saya belajar untuk breed ikan laga ini secara sendiri. Mula-mula saya hanya suka-suka dan cuba buat untuk lihat hasilnya menjadi atau tidak”.


“Selalunya hasil breed ini dapat dilihat lepas beberapa minggu saya satukan ikan jantan dan betina di satu tempat yang sama dan ikan betina mula bertelur dan dapat lihat telur menetas beberapa hari selepas itu”.


Tambahnya lagi, ikan laga ini lebih mudah dijaga dan perlukan penjagaan air yang baik. Ikan laga ini hanya perlu menggunakan air daun ketapang atau perlu menambahkan ubat anti-klorin sekiranya menggunakan air paip biasa.

365 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page