top of page
  • Writer's pictureNur Aiman Syahmi Zainuddin

Ikon Lagenda Kini Bergelar Ketua Cawangan Kerjaya Di MSN.

Penulis: Aiman Zainuddin

Penyunting: Yusry Yusof


Shalin Zulkifli Penerima Anugerah Ikon Sukan Lagenda. Sumber Foto: Berita Harian Online


BANGI, 8 Jan: Shalin Zulkifli, yang merupakan bekas atlet boling negara telah mengorak langkah beliau di Sekretariat Kerjaya, Pendidikan dan Kebajikan, Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai Ketua Cawangan Kerjaya.


Kejayaan beliau di Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro, menarik perhatian Nadi Bangi untuk menemu bual bersama Lagenda Ikon Sukan Negara berikutan perkembangan beliau yang apa dilakukan sekarang setelah bersara sebagai atlet sukan tenpin boling.


Bekas atlet tenpin boling negara, Shalin Zulkifli, 44 berkata setelah bersara sebagai seorang pemain tenpin boling Malaysia, kini beliau berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Kerjaya di MSN.


“Kini saya menjaga kebajikan atlet negara yang mewakili Malaysia dalam apa-apa sukan ke luar negara,” Kata Shalin.


Tambahan perbualan apabila Shalin memberikan sedikit nasihat kepada mereka yang mula membuka mata untuk memberikan jasa kepada negara melalui dunia sukan.


“Nasihat saya kepada mereka di luar sana yang mahu menceburi dalam dunia sukan, pilih sukan yang anda semua sememangnya minat.


“Sebab, sekiranya kita masih tidak pasti apa yang sedang dilakukan sekarang, perkara yang kita ingin dicapai tidak akan bertahan lama kerana, ianya memerlukan pengorbanan untuk gapai kejayaan,” Kata Shalin Zulkifli yang kini merupakan Lagenda tenpin bowling Malaysia.


Kini kejayaan Shalin Zulkifli telah tercatat di sejarah Malaysia apabila beliau diiktirafkan sebagai Anugerah Ikon Sukan Lagenda.


Shalin merasa terharu dengan pengiktirafan yang diberikan setelah perjuangan beliau dalam mengharumkan nama Malaysia hampir 30 tahun.


“Pada awalnya saya ingat, saya hanya hadir kerana mendapat jemputan dan saya tidak menjangkakan apa-apa anugerah yang bakal diterima, begitu juga dengan ucapan saya tadi, langsung tak bersedia.


“Alhamdulillah saya rasa sangat terharu dengan anugerah ini dari Harian Metro sebab mendapat pengiktirafan setelah 30 tahun mewakili Malaysia dalam sukan tenpin Bowling.


“Turut gembira diberikan pengiktirafan daripada rakyat Malaysia sendiri selepas berbakti hampir tiga tahun dimana mereka melihat saya dan menghargai saya setelah apa yang saya lakukan kepada negara,” katanya sewaktu ditemu bual oleh pihak Nadi Bangi.


Kemenangan yang dibawa pulang oleh lagenda pemain sukan tenpin ialah wang tunai sebanyak RM5,000 ringgit serta trofi.


Menurut Harian Metro, setelah hampir 30 tahun dalam dunia sukan tenpin boling, Shalin Zulkifli telah berjaya mengumpulkan 74 pingat di pingat emas Sukan Asia, satu emas Kejohanan Asia, Tiga emas Kejohanan Komanwel serta 20 emas Sukan Sea dari 1994 hingga 2019.


Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro tersebut telah mengumpulkan pejuang atlet tanah air yang telah mengharumkan nama Negara Malaysia di bawah satu bumbung Dewan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi yang turut merupakan penaja lokasi bagi AIS Harian Metro.



46 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page