top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

IKUT SOP ELAK JANGKITAN

Penulis : Ishaira Syuhada Isran

Disunting oleh : Siti Nurhezzaty Hamdan

Sumber : Twitter @MyRapidKL

PUTRAJAYA, 4 Mei - Setelah hampir 50 hari rakyat Malaysia dirayu supaya kekal duduk di rumah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu sebahagian besar sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi semula.

Hal ini merupakan satu berita gembira buat rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu untuk kembali bekerja berikutan ramai pekerja mula hilang pekerjaan dan pendapatan ekoran pelaksanaan PKP baru-baru ini.

Muhyiddin berkata kesan ini turut dirasai oleh kerajaan apabila negara mengalami kerugian sekitar RM2.4 bilion setiap hari sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, dan jumlah kerugian setakat ini dianggarkan sekitar RM63 bilion. Jika ianya diteruskan negara boleh mengalami kerugian sebanyak 98 billion dan memberi tempoh yang lama kepada ekonomi negara untuk kembali pulih.

Walaupun rakyat disyaratkan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan pelaksanaan PKPB ini juga mendatangkan kerisauan banyak pihak kerana bimbang jika virus pandemik ini kembali menyerang sehingga menyebabkan gelombang ketiga.

Menurut bernama, segala tindakan kerajaan itu pastinya dibuat setelah perbincangan mendalam dilakukan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan pelbagai kementerian berkaitan dalam mencari jalan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara dan kepentingan membendung wabak COVID 19.

Dalam sidang media harian semalam, Dato' Ismail Sabri berkata, “Pelanggaran SOP ini boleh menyebabkan kita mengarahkan mereka untuk menutup perniagaan mereka sekiranya mereka gagal atau patuh".

Menurutnya juga, perniagaan dibenarkan beroperasi dengan syarat-syarat tertentu seperti penjarakan sosial dan juga jumlah pelanggan yang dibenarkan masuk pada satu masa juga telah ditetapkan.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlu patuh dengan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dan mengamalkan normal baharu, kita perlu patuh bagi membantu memutuskan rantaian COVID 19 dan terus kekal di rumah jika tiada keperluan untuk keluar rumah.

7 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page