top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Illi Najwa Perjelas Isu Status Agama dan Perkahwinannya

Oleh : Ain Arifah Zainal

Penyunting : Sarah Marini

Sumber : Berita Harian

BANGI, 25 Dis – Gadis kelahiran Johor, Illi Najwa yang tular kerana video perkahwinan silang budaya dengan Manpreet Singah Pawar, kapten hoki India, tampil membuat penjelasan tentang spekulasi berkaitan cara perkahwinan dan status agamanya setelah didakwa murtad baru-baru ini.


Illi, 27 yang merupakan warganegara Malaysia telah berkahwin dengan Manpreet, berkata suaminya telah pun memeluk Islam semenjak tahun lalu. Menurut Illi, dia sendiri tidak pernah menukar namanya dan memberitahu bahawa mereka telah bernikah mengikut cara Islam dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 16 Disember yang lalu.


“Saya tidak pernah menukar nama dan agama saya seperti apa yang mereka katakan, nama saya akan selalu menjadi Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarganya telah memanggil saya Navpreet sejak 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya,” ujar Illi.


Video rakaman resepi perkahwinan mereka yang telah tular kerana mengikut adat dan budaya Punjabi itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada masyarakat Malaysia. Namun begitu, perkara yang paling menimbulkan persoalan masyarakat ialah apabila Illi dan suami bertukar ikrar perkahwinan sewaktu majlis mereka dijalankan. Menurut Illi, perkara tersebut berlaku diluar kawalannya.


“Kami tidak mengatakan apa yang kami lakukan adalah betul, tetapi kami tidak mempunyai pilihan dan Manpreet tidak pernah memberikan kenyataan sensitif dan ketika mendapat tahu tentang berita ini, dia meminta semuanya ditarik balik,” ulas Illi.


Walaubagaimanapun, memetik laporan daripada MalaysianGazette, Illi Najwa telah tampil memohon maaf atas kejahilan dia dan suami dan telah membabitkan keluarganya dalam isu yang melanda dirinya dan suami.


Isu perkahwinan Illi yang telah menimbulkan spekulasi melibatkan status agama pasangan tersebut telah mendapat perhatian pihak kerajaan sehingga mereka dilaporkan akan dipanggil sejurus selepas kembali ke Malaysia.


Dalam kenyataan media mengenai maklumbalas isu perkahwinan pasangan ini yang dikeluarkan oleh Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( hal ehwal agama), beliau menasihati semua umat Islam di Malaysia untuk lebih berhati-hati dalam memberi tanggapan mengenai sesuatu isu.


“Seorang Muslim, perlu sedaya upaya memastikan Muslim yang lain kekal dalam agamanya, bukan berusaha mengeluarkannya dari agama Islam,” kata Dr. Zulkifli.


Beliau berharap agar semua pihak dapat bersabar menunggu penjelasan daripada pihak berautoriti iaitu pihak berkuasa agama negeri dalam menyelesaikan kemelut ini dengan lebih hikmah dan bijaksana. Beliau turut menambah untuk tidak mempolitikkan isu-isu sensitivity agama seperti ini kerana perbuatan ini menunjukkan sikap tidak matang dan tidak menguntungkan agama.

31 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page