• Nadi Bangi

Impak Pandemik COVID-19 Kepada Perniagaan E-Dagang

Oleh: Mathuumitha G Ragawan

Penyunting: Lingesh Kumar

Sumber: gulfnews.com

BANGI, 8 Nov - Pandemik COVID-19 telah membawa pelbagai perubahan kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada peniaga yang menjalankan perniagaannya secara dalam talian. Menurut laporan daripada Berita Harian, aktiviti jual beli dalam talian mencatatkan peningkatan sebanyak 28.9 peratus April lalu, ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan pergerakan (PKP), bermula Mac 2020.

Nadi Bangi sempat menemu ramah beberapa daripada mereka yang menjalankan perniagaan dalam talian untuk mendapatkan pendapat mereka mengenai isu ini. Vimala Shanmugam, 22 merupakan seorang mahasiswi universiti awam dan pada masa yang sama juga beliau merupakan seorang peniaga sambilan yang membuat dan menjual barang kemas buatan tangan secara dalam talian.


“Walaupun saya buat perniagaan atas talian, kaedah jualan yang paling efektif adalah jualan secara bersemuka, jadi cabaran utama saya ialah daya tidak dapat membuka gerai untuk meningkatkan jualan saya. Selain itu, pada awal perintah kawalan pergerakan (PKP) saya dapat rasa bahawa jualan saya terjejas sedikit kerana masyarakat pada awalnya masih menyesuaikan diri dengan keadaan norma baharu, dan ramai yang mempunyai masalah kewangan serta tidak boleh membeli sebarangan produk atas talian.” Katanya.


Peniaga cosmetik dan kasut, Zulieda Azni, 23, “Stok baharu diterima lambat kerana stok datang daripada luar negara dan harus melalui prosedur kedua-dua negara dalam situasi COVID-19 ini. Walaupun stok diterima lambat, perniagaan saya sebenarnya tidak terjejas begitu banyak kerana saya berniaga dalam talian bahkan sebelum pandemik COVID-19. Jualan naik dan turun dan itu perkara biasa bagi saya kerana sejak bulan pertama kita mengalami perintah kawalan pergerakan (PKP) ia sedikit memberi kesan pada perniagaan saya tetapi lama-kelamaan perniagaan saya mula bertambah baik.”.


Peniaga sepenuh masa yang menjual sejambak bunga dalam talian, Wong Zhi Yin, 33, berkata “Sebenarnya pada mulanya saya bimbang tentang perniagaan saya akan terjejas akibat wabak ini. Kemudian saya sedar bahawa sebenarnya perniagaan saya menjadi lebih baik apabila saya mula menerima lebih banyak pelanggan. Ini kerana ramai orang mula memberi sejambak bunga kepada orang yang mereka sayangi pada hari istimewanya kerana mereka tidak dapat berjumpa dengan mereka secara bersemuka dalam situasi ini.”

Walaupun perniagaan dalam talian semasa pandemik ini mendatangkan kesan yang baik tetapi pada masa yang sama mereka tetap menghadapi cabaran yang lain untuk memastikan perniagaan mereka sentiasa ada dalam keadaan yang stabil. “Walaupun saya mendapat begitu banyak pelanggan, kadang-kadang saya menghadapi masalah untuk memiliki stok yang cukup. Hal ini terutamanya disebabkan oleh kelewatan penghantaran stok saya akibat pandemik ini.” katanya.


Pandemik ini mewujudkan situasi yang luar biasa kepada semua lapisan masyarakat tetapi peniaga yang menjalankan perniagaanya atas talian masih mengharapkan sesuatu yang lebih baik dalam masa terdekat. “Saya harap semua pemilik perniagaan dalam talian akan bertahan semasa pandemik ini. Kita boleh melalui keadaan ini, insyaAllah. Saya harap orang akan sentiasa menyokong perniagaan saya di Instagram, @mariposahq_ dan @didaisgirl” katanya Zulieda.


“Saya berharap dapat mempertahankan momentum ini dalam perniagaan saya serta meningkatkannya lagi apabila dapat membuka gerai jualan lagi selepas PKP tamat. Saya juga harap orang ramai akan lebih menyokong para peniaga atas talian, kerana ia bukan sahaja merupakan pendapatan sampingan peniaga, malah menjadi pendapatan utama sesetengah orang yang mungkin telah kehilangan kerja akibat wabak ini. Perniagaan besar-besaran akan "survive" walaupun kerugian sedikit, tetapi perniagaan kecil-kecilan yang akan paling terjejas tanpa sokongan daripada orang ramai.” katanya Vimala.


1,223 views0 comments

Related Posts

See All