• Nadi Bangi

Industri Nasi Kandar Pulau Pinang Terancam

Penulis: Thor Zhi Xin

Penyunting: Shaffiq Fauzan Nusi

Sumber: Facebook

GEORGE TOWN, 11 Nov - Perniagaan hampir 200 pengusaha restoran nasi kandar di Pulau Pinang berdepan masalah untuk terus bertahan berikutan kehilangan hampir separuh pekerja khususnya warga asing.

Meskipun kerajaan sudah membenarkan kebenaran rentas negeri, namun disebabkan tidak mempunyai pekerja yang mencukupi, membuatkan rata-rata pengusaha berasa tertekan dengan situasi tersebut.

Presiden Pertubuhan Komuniti India Muslim Malaysia, Mohamed Rizdwan Abdul Ghafoor Khan berkata, ketika ini dianggarkan kira-kira 20,000 pekerja asing yang bekerja dalam sektor makanan tersebut di Pulau Pinang berbanding 40,000 orang sebelum pandemik COVID-19.

Berikutan kekurangan pekerja itu, Mohamed Rizdwan berkata ada sebahagian pengusaha restoran nasi kandar masih belum membenarkan pelanggan untuk makan di kedai masing-masing sehingga kini.

"Kita rasa tertekan atas beberapa sebab. Salah satunya adalah kerana SOP yang ditekankan. Isu yang kedua adalah pekerja yang tidak cukup suntikan vaksin untuk memberikan servis kepada pelanggan yang hadir terutamanya selepas rentas negeri minggu dibenarkan.

"Walaupun ada pelanggan dari dalam dan luar negeri, tapi pengusaha masih tidak dapat nak memantau mereka kerana tidak cukup pekerja.

"Kami masih belum dapat kelulusan sektor perkhidmatan kerana kerajaan belum buka. Oleh yang demikian, kami menyeru kerajaan untuk menilai semula situasi ini dan membuka ruang untuk pengambilan semula pekerja sektor perkhidmatan untuk restoran," luahnya.


Sehubungan itu, Mohamed Ridzwan, menggesa kerajaan mempercepat dan mempermudahkan urusan kemasukan semula pekerja asing dalam sektor makanan tersebut dalam menyokong kelangsungan perniagaan mereka.

Bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja itu, pihak pengusaha ada membuka peluang dengan tawaran gaji sebanyak RM1,800 kepada rakyat tempatan namun tidak mendapat sambutan kerana ramai yang tidak berminat.

Sementara itu, Pengusaha Nasi Kandar Hameediyah Ahamed Seeni Pakir Abdul Sukkor, 66, berkata, dia turut terkesan berikutan kehilangan ramai pekerja asing.

Lebih menambah cabaran, dia terpaksa membayar kompaun sebanyak RM10,000 kerana didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) minggu lalu.

"Kita dalam keadaan genting sekarang, di mana kita kekurangan pekerja untuk menyediakan makanan dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Pihak kerajaan patutlah mengambil tindakan untuk menambahkan pekerja kepada kedai-kedai nasi kandar. Jika tidak menambahkan pekerja, ini akan menyebabkan prestasi pekerja yang lama menurun dan tidak dapat memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan. Dengan ini juga akan turut menjatuhkan imej kedai-kedai Nasi Kandar dan juga akan menjatuhkan imej negeri.

"Kami (pengusaha nasi kandar) memerlukan pekerja yang ramai untuk mengawasi situasi pelanggan di kedai. Jadi kami amat berharap kerajaan akan membenarkan kemasukan pekerja asing supaya ia boleh mengurangkan beban kami pengusaha nasi kandar untuk memantau pelanggan," katanya.

31 views0 comments

Related Posts

See All