top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Industri Perfileman Hampir Lumpuh - Shuhaimi Baba

Penulis: Elida Najwa Mohd Subri

Penyunting: Shafa Alvia Rizka

Sumber: Mention 2021


BANGI, 24 Nov – Industri perfileman merupakan antara industri yang terjejas teruk di Malaysia akibat pandemik Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku tahun lalu.


Pengarah filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba berkata industri perfileman kehilangan banyak peluang dan projek yang telah lama dirancang menjadi sia-sia disebabkan penutupan dan sekatan yang berlaku di dalam negara disebabkan pandemik.


“Pelabur menjauhi kami dan kami sendiri tidak boleh menyalahkan mereka. Seperti contoh, bagi sebuah filem, seramai lebih kurang 150 orang yang akan terlibat, jadi apabila tiada pekerjaan, jumlah pengangguran meningkat dengan sangat tinggi.” Katanya lagi.


To put it simply, we were crippled, the industry was crippled.” Ujarnya ketika hadir sebagai tetamu undangan di dalam sesi plenari, Persidangan Antarabangsa Media dan Komunikasi 2021 (MENTION2021) hari ini.


Menurutnya lagi, keadaan yang berlaku pada ketika itu telah memaksa mereka untuk mencari cara baru untuk meneruskan kehidupan bersama industri ini. Penggunaan aplikasi Zoom dan Google Meet telah banyak membantu mereka yang berada di bilik penulisan untuk meneruskan perbincangan dan sesi perkembangan idea pada waktu tersebut.


Namun begitu, projek-projek besar seperti filem yang membelanjakan kira-kira RM5 juta sehingga RM7 juta masih lagi di dalam senarai menunggu.


Terdapat juga kira-kira 30 buah filem yang sedang menunggu untuk ditayangkan di pawagam masih beroperasi hanya sekitar 30% sehingga 50% sahaja.


”Jadi anda boleh bayangkan bagaimana kerugian yang kami semua alami? Dan sesetengah daripada kami terpaksa meninggalkan projek kami walaupun kami membelanjakan wang dengan individu-individu yang mempunyai nama besar. Kami tidak boleh sesuka hati mengarah mereka untuk terus bekerja dengan kami. Ia tidak adil bagi mereka.”


“Sesetengah daripada kami bernasib baik, seperti dalam kes saya, saya juga bekerja dalam industri perfileman 3D CGI (computer-generated imaginary) yang sepenuhnya maya jadi saya tetap lagi dapat bekerja seperti biasa walaupun masih menghadapi beberapa masalah. Apabila pereka dan artis kami perlu bekerja dari rumah, kami harus menyediakan peralatan-peralatan untuk mereka bekerja dari rumah dan ianya telah menyebabkan keluaran dan perbelanjaan wang yang banyak.” Ujar beliau lagi.


It was maddening. Tetapi itu adalah satu-satunya kerja yang boleh kami teruskan kerana ia adalah secara maya. Jadi dalam erti kata itu, kami bernasib baik. Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) membataskan hampir 60% hingga 70% pergerakkan di dalam industri dan ianya membuatkan kami kehilangan beberapa artis kami.”


Beliau juga menyentuh tentang tiada kajian yang mengkaji kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan covid 19 terhadap industri.


Tambahnya lagi, tiada kajian yang sedang dibuat menunjukkan dan mengkaji bagaimana industri perfileman dapat mengurangkan semua kerugian yang ditimpa, sama ada selepas pandemik atau mahupun sekarang.


“Jadi kami perlu mencari jalan untuk meneruskan kehidupan. Kami perlu membelanjakan lebih banyak wang, kami kehilangan wang tetapi kami tetap harus menyesuaikan diri dan pekerjaan selari dengan peredaran masa.” katanya.


Turut hadir dan memberi pandangan pada sidang tersebut adalah Prof. Emeritus Dr. Samsudin A. Rahim dan Sara Nattaya Azmi.

248 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page