top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Influencer YBB Ditahan Akibat Hutang Judi

Oleh: Andrew Bong

Penyunting: Ibnu Ariq


PUCHONG, 17 April - Seorang influencer yang merupakan Youtuber Malaysia yang bernama Yang Bao Bei (YBB) telah ditahan oleh pihak polis kerana terlibat dalam kes perjudian dan kes penipuan.


Selepas kes hutang dan kes penipuan berlaku, YBB ingin cuba membunuh diri di rumahnya tetapi berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba. YBB juga dihantar ke hospital mental untuk menerima bantuan dari segi masalah mental selepas membuat rekod laporan di balai polis yang berkenaan.


Hal ini berlakunya kerana YBB telah menang RM30,000 hasil perjudian dengan hanya modal wang sebanyak RM300 dalam kali pertama. Oleh itu, inilah menyebabkan dirinya kerap meminjam wang dengan orang lain dan menggunakan cara menipu wang orang lain termasuk rakan-rakanya telah menjadi mangsa.


Cara penipuan yang digunakan adalah seperti menipu peminat dengan penjualan beg mewah melalui platform media seperti Instagram, mencuri kad pengenalan rakannya untuk meminjam wang dengan pihak ketiga, menggunakan dana syarikat untuk berjudi secara berulang kali dan meminjam wang dengan rakan lain dengan alasan yang berlainan. Akhirnya, YBB telah ditahan oleh pihak polis dan dihantar ke penjara kerana telah melanggar undang-undang yang ditetapkan.


Kes yang telah berlaku dalam platform media seperti kes penjualan beg mewah seperti LV yang bernilai tinggi. YBB telah mencuba membuka sebuah akuan Instagram untuk menjalankan penjualan tersebut. Selepas pembeli memberi wang deposit, dia tidak mengirim produk tersebut kepada pembeli. Cara seperti ini juga berlaku secara berterusan dan menyebabkan banyak pembelinya menjadi mangsa penipuan dalam kes tersebut.


Selain daripada ini, YBB juga menggunakan dana syarikat Kalysta yang menjual produk kesihatan dalam seluruh dunia. YBB telah menggunakan dana syarikat tersebut untuk berjudi secara berulang kali dan akhirnya syarikat Kalysta mengambil tindakan iaitu membatalkan jawatan YBB sebagai salah seorang ahli dalam syarikat Kalysta ini.


YBB juga mencuri kad pengenalan rakannya yang bernama Yiyi untuk meminjam wang dan akhirnya menjadi mangsa dalam kes tersebut. Apabila kejadian ini berlaku, Yiyi terus membuat laporan di balai polis oleh sebab identiti curi yang telah berlaku antara YBB dengan Yiyi. Yiyi juga menunjukkan bukti perbualan antara YBB dengan rakannya yang sedang merancang cara untuk mencuri kad pengenalannya dan sebagainya.


Dalam kes tersebut, YBB juga meminjam wang dengan rakannya tanpa membayar balik wang tersebut secara berulang kali dengan alasan seperti ahli keluarganya sakit dan memerlukan wang untuk merawat di hospital dan sebagainya. Jumlah wang yang telah dipinjam oleh rakannya adalah sejumlah berjuta ringgit.


Kesimpulannya, YBB mengeluarkan sebuah video permohonan maaf rasmi dalam platform YouTube. YBB mengakhiri video yang mengaku bertanggungjawab atas semua pelanggarannya, dengan mengatakan bahawa dia akan membuat ganti rugi dan mengembalikan jumlah wang yang terhutang tidak kira berapa tahun yang diperlukan.

270 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page