top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Inisiatif Kerajaan Bagi Pengangkutan Awam

Oleh: Mathuumitha Ragawan Penyunting: Lingesh Kumar


Sumber: https://updates.moovit.com


Rakyat Malaysia yang mengadu mengenai LRT yang tidak tepat pada masa kerana dia terlambat ke tempat kerjanya. Pada masa yang sama, pernahkah anda mendengar tentang sekumpulan pelajar sekolah yang mengkritik tentang betapa buruknya sistem pengangkutan awam Malaysia dan mempersendakan tentangnya? Tetapi adakah anda tahu betapa kerasnya kerajaan sedang berusaha ke arah masalah ini untuk menjadikannya berjaya?


Bagi kelancaran perkhidmatan ini, kerajaan memang sudah banyak usaha untuk menjayakannya kerana pengangkutan awam menjadi pilihan yang utama dalam kalangan rakyat Malaysia. Professor Dato' Ir. Dr. Riza Atiq bin O.K. Rahmat, pakar dalam strategi pengangkutan mampan berkata bahawa rakyat negara maju biasanya tidak mahu membawa kereta ke bandar kerana kesesakan lalu lintas yang melampau. Hal ini terbukti kerana permintaan untuk pengangkutan awam telah meningkat oleh rakyat Malaysia sejajar dengan usaha kerajaan yang tidak pernah berputus asa memberikan perkhidmatan pengangkutan awam yang terbaik demi rakyatnya walaupun menghadapi banyak cabaran untuk mengekalkan kelancaran pengangkutan awam dari semasa ke semasa.


Kerajaan harus memastikan untuk mengekalkan pengangkutan awam yang sedia ada dalam keadaan yang cekap untuk pelancaran perkhidmatannya kepada rakyat tetapi kerajaan menghadapi masalah kerana dana yang tidak mencukupi untuk menjayakannya. Menurut Profesor Dato' Ir. Dr. Riza Atiq, kerajaan memerlukan dana untuk menampung kos operasi iaitu pembayaran kos elektrik bagi LRT, MRT, Monorel dan sebagainya dan juga kos penyelengaraan untuk memperbaiki jika berlaku sebarang kerosakkan. Disebabkan itu, kerajaan mengenakan cukai pada rakyat untuk tempat letak kereta di tempat awam. Cukai yang dikenakan itu akan dimasukkan dalam Tabung Amanah maka dana tersebut digunakan untuk menampung kos-kos pengangkutan awam.


“Di Malaysia, cukai tidak dikenakan untuk minyak maka kerajaan perlu cari cara alternatif untuk mencari dana bagi menampung seluruh kos pengangkutan awam. Kerajaan mengenakan cukai untuk tempat letak kereta pada rakyat tetapi cukai yang dikenakan itu murah. Cukai yang dikenakan tersebut adalah berpuluh sen sahaja yang merupakan antara cukai yang paling murah dikenakan di dunia berbanding dengan negara lain seperti Jakarta, Bangkok, Singapura,” katanya Prof. Dr. Riza Atiq. Kerajaan harus mengenakan cukai yang tinggi supaya dapat dana yang secukupnya untuk menampung kos-kos berkenaan dan jika terdapat dana yang lebih, boleh membina salah satu stesen yang baharu. Kos untuk membina stesen yang baharu pula tidak murah, kerajaan perlukan dana dalam berbilion maka proses untuk membina stesen tidak boleh berlaku pada jangka masa yang singkat kerana masalah dana yang tidak mencukupi.


Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari segi ketepatan waktu operasinya. Masalah seperti kelewatan bas dan perkhidmatan bas yang tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan menyebabkan masyarakat tidak berharap lagi kerana ia sukar untuk mereka merancang dan menjangka tempoh perjalanan mereka. Bagi mengurangkan segala jenis masalah yang disebabkan oleh penggunaan kenderaan peribadi seperti kesesakan lalu lintas, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan kelancaran pengangkutan awam. Kerajaan juga dapat menyediakan bas-bas, LRT, MRT yang berlebihan untuk mengoperasikan pada waktu puncak supaya penumpang tidak terlepasnya dan dapat mengelakkan mereka berasa kecewa.


Kerajaan meneruskan usahanya untuk memberi perkhidmatan pengangkutan awam yang terbaik kepada rakyat Malaysia walaupun menghadapi masalah dana. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah merasmikan projek penyambungan jajaran LRT bagi laluan Kelana Jaya dan Ampang kepada kawasan integrasi Putra Heights. Beberapa tahun yang lalu juga, Najib turut merasmikan pembukaan servis Bas Rapid Transit (BRT) dari Sunway-Setia Jaya ke USJ7. Prof. Dr. Riza berkata bahawa Bas Rapid Transit ini merupakan bas yang beroperasi dengan menggunakan elektrik yang kini telah mula berfungsi di Sungai Way, Selangor. Kelebihan yang ada bagi BRT adalah bas-bas tersebut mempunyai lorongnya tersendiri yang tidak akan menganggu lorong lain. Hal ini dapat mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas.


Jelas sekali, kita dapat melihat bahawa kerajaan mengambil inisiatif untuk bertambah baik kelancaran pengangkutan awam yang terbaik di Malaysia demi rakyat Malaysia walaupun menghadapi masalah dari segi dana. Pada masa yang sama, rakyat juga harus memahami situasi kerajaan dan perlu bersikap bertanggungjawab untuk membayar cukai yang dikenakan olehnya supaya dapat menjadikannya sebagai dana untuk menampung kos-kos yang perlu dijelaskan bagi pembangunkan pengangkutan awam.


505 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page