top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Inisiatif Menu Rahmah Meringankan Beban Pelajar

Penulis : Teoh Chia Qi

Penyunting : Ong Wei Chin


Sumber foto : Nadi Bangi


BANGI, 5 Mei - Inisiatif Menu Rahmah pada harga serendah RM5 telah dilancarkan di kebanyakan kafeteria kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah meringankan beban kewangan pelajar terutamanya untuk golongan B40.

Inisiatif Menu Rahmah ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal tahun 2023 untuk menangani kos makanan yang tinggi berikutan krisis ekonomi semasa serta membantu dan meringankan beban kewangan rakyat terutamanya bagi golongan B40. Menurut sumber dari laman sesawang, Menu Rahmah dihidangkan secara seimbang, di mana telah merangkumi nasi dan satu jenis sayur serta sumber protein seperti ayam. Selain itu, Menu Rahmah dihidangkan mengikut pengusaha kafeteria sama ada pada waktu makan tengahari atau malam pada harga tidak lebih daripada RM5.


Menurut salah seorang pelajar B40 dari Kolej Rahim Kajai, Chung Kuet Bing (Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dan Pemakanan, 2), telah berpendapat bahawa inisiatif Menu Rahmah ini adalah sangat bermanfaat kepadanya dan dia berharap inisiatif ini dapat dikekalkan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan, walaupun kolejnya masih belum menawarkan inisiatif Menu Rahmah.


“Makanan di kawasan bandar Lembah Klang biasanya berharga lebih daripada RM7. Oleh itu, saya berasa Menu Rahmah yang berharga RM5 banyak membantu saya. Contohnya, sekiranya satu makanan berharga RM7, 2 kali makan sudah RM14. Jadi, sekiranya mempunyai inisiatif Menu Rahmah, maka saya dapat menjimat sekurang-kurangnya RM4 sehari,” katanya.


Tambahan pula, menurut salah seorang pelajar B40 dari Kolej Keris Mas, Fatimah Zahrah Ahmad (Ijazah Sarjana Muda Linguistik, 2), dia berasa sangat bersyukur kerana kolejnya mempunyai dua kedai yang menawarkan Menu Rahmah, dimana telah banyak membantunya menjimatkan perbelanjaan.


“Kedai-kedai yang menawarkan Menu Rahmah ini telah banyak membantu saya menjimatkan kos perbelanjaan seharian tanpa mengikat perut dan pilihan Menu Rahmah di kolej adalah banyak dan sedap,” katanya.


Di samping itu, walaupun sasaran inisiatif Menu Rahmah utama ini adalah untuk golongan B40, namun, rakyat di luar kategori ini juga boleh menikmati inisiatif ini.


Menurut salah seorang pelajar yang bukan golongan B40 dari Kolej Tun Hussein Onn, Aaron Ewe Teik Soon (Ijazah Sarjana Muda Sains Nuklear, 2), berpendapat bahawa insiatif ini telah banyak membantunya dari segi menjimatkan kos sara hidup dan dapat memenuhi keperluan asas, iaitu makan dengan seimbang.


“Saya berasa inisiatif Menu Rahmah ini sangat baik sebab dia dapat meringankan beban pelajar UKM terutamanya membuat penjimatan bajet. Oleh itu, saya akan pergi ke kolej lain untuk makan Menu Rahmah tersebut disebabkan kolej saya tidak menawarkan inisiatif Menu Rahmah atas sebab-sebab tertentu,” katanya.


Secara kesimpulannya, inisiatif Menu Rahmah yang telah dilancarkan di UKM ini telah membantu kebanyakkan pelajar dari segi meringankan beban kewangan mereka.


6 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page