top of page
  • Writer's pictureHana Norazmi

Innersejuk Berkolaborasi dengan Pelajar MENTION

Penulis: Nurnadiah Farhana Norazmi

Penyunting: Aliff Fikri Muhamad Azamuddin

Sumber: Innersejuk


BANGI, 18 APRIL - Jenama InnerSejuk telah berkolaborasi bersama pelajar Pusat Kajian Media dan Komunikasi (MENTION) tahun dua bagi video pengiklanan produk mereka.


Syarikat Innersejuk menghasilkan produk pakaian dengan inovasi baru yang diberi nama Drichill seperti tudung, inner dan facemask.


Pensyarah Dr. Hasrul Hashim berkata, kolaborasi bersama syarikat Innersejuk ini merupakan suatu pembaharuan kepada pelajar dalam memahami industri keusahawanan yang sebenar.


“Pemilihan kolaborasi ini disebabkan syarikat tersebut ingin berkerjasama bersama pelajar dalam menghasilkan kandungan digital yang berkualiti yang mampu menarik minat ramai di platform media sosial,” katanya.


Siti Kamariah Sujeno, 22, pelajar MENTION, mengatakan bahawa ia merupakan satu pengalaman baru baginya, tambahan baru-baru ini tular berita pelakon dan model terkenal Hanis Zalikha telah mendapat kontrak USD 1 juta (RM4.2 juta) sebagai duta InnerSejuk.


Manakala bagi Priiyalakshmi Kumarrajah, 22, pelajar MENTION, mengatakan bahawa ini merupakan projek pertama yang menyeronokkan baginya dalam menghasilkan video pengiklanan bersama industri keusahawanan.


Nadi Bangi sempat menemubual berkaitan projek kolaborasi ini dan mendapati bahawa ia akan mengambil masa sebulan bermula dari awal bulan April tahun ini. Bukan itu sahaja, InnerSejuk juga telah memberikan produk mereka secara percuma kepada pelajar MENTION yang terlibat dalam penghasilan video pengiklanan tersebut.


148 views2 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page