top of page
  • Writer's pictureEzzati Rosli

IRM Pupuk Semangat Kesukarelawanan Pelajar UKM

Penulis: Nur Ezzati Rosli

Penyunting: Phuan Kennie


Sumber: Islamic Relief Malaysia


BANGI, 16 JUN – Hampir 80 orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyertai webinar “Jom Jadi Sukarelawan” yang dianjurkan oleh pelajar program Kerja Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi kursus Kebajikan Sosial Dan Sukarelawan bersama dengan Islamic Relief Malaysia (IRM).


IRM memupuk semangat sukarelawan serta nilai kemanusiaan dalam diri pelajar UKM ketika sesi perkongsian yang dikongsikan oleh Ikon Kemanusiaan IRM iaitu Irma Hasmie yang juga merupakan seorang selebriti dan pengacara TV serta Muhammad Haris Sharim (Pengurus Jabatan Penjanaan Dana Komuniti Dan Digital IRM) melalui webinar tersebut.


IRM merupakan sebuah organisasi bantuan dan pembangunan kemanusiaan antarabangsa yang telah ditubuhkan pada tahun 1984 serta diasaskan oleh seorang pelajar perubatan iaitu Dr. Hany El-Banna dan telah membantu lebih daripada 120 juta orang sejak beroperasi.


Menurut Ketua Program webinar, Anis Nadia Rahila Mamat, pelajar Kerja Sosial Tahun Akhir berkata, “webinar tersebut merupakan tugasan kami bagi kursus Kebajikan Sosial Dan Sukarelawan. Jadi, pensyarah kami telah memberi tajuk bagi mengadakan webinar ini kerana kebiasaannya memang kursus ini berkaitan dengan program sukarelawan.”


“Sejak daripada tahun pertama sebelum pandemik lagi Anis ada join volunteering dengan Yosh MyFundaction dan juga Institut Onn Jaafar (IOJ) serta program crowdfunding Bersama dengan IRM sendiri,” kata Anis.


“Selepas daripada pandemik berlaku, dah tak banyak volunteering program yang boleh join tetapi semasa pada awal sem 2 dahulu, Anis telah membantu Yayasan Salimah dengan memberi makanan setiap hari selama dua minggu kepada para pelajar UKM yang terkandas ketika PKP,” tambahnya lagi.


Menurut Anis juga pada tahun akhir ini, kadangkalanya dia akan memberi bantuan makanan kepada rumah anak-anak yatim yang memerlukan.


Menurut Pengurus Jabatan Penjanaan Dana Komuniti Dan Digital IRM, Muhammad Haris Sharim, ataupun lebih dikenali sebagai Bro Haris, Badan-Badan Kemanusiaan, NGO serta Gerakan Kesukarelawanan ditubuhkan adalah untuk memberi respon kepada kesusahan orang lain.


“Daripada sebanyak 20 sen yang telah didermakan, IRM kini telah berkembang sehingga ke 47 buah negara dan mempunyai lebih kurang 4000 orang staf serta berjuta-juta sukarelawan yang turut serta termasuklah ikon selebriti dan juga para pelajar.” katanya.


Menurut Ikon Kemanusiaan IRM, Irma Hasmie, sebelum dilantik menjadi ikon, beliau mula bergiat aktif menjadi sukarelawan pada tahun 2011 dan dari situ beliau hanya melakukan aktiviti kesukarelawanan hanya di sekitar Selangor sahaja.


“Satu kelemahan yang saya tidak dapat atasi sehingga ke hari ini ialah emosi. Itu adalah perkara yang saya tidak dapat kawal kerana dalam misi kemanusiaan ini kita perlu kuat dimana ada satu situasi ketika sampai di tempat tersebut untuk membantu orang, pemberi manfaat itulah yang perlu menenangkan saya untuk tidak menangis,” kata Irma.



59 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page