top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Isu Rampasan Kuasa Di Myanmar Jejas Ekonomi

Updated: Jan 10, 2022

Penulis: Thor Zhi Xin

Penyunting: Shaffiq Fauzan Nusi

Sumber: Google


Peristiwa rampasan kuasa di Myanmar bermula pada pagi 1 Februari 2021 ketika anggota parti pemerintah Myanmar yang dipilih secara demokratik, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi, digulingkan oleh Tatmadaw iaitu tentera Myanmar yang memberikan kuasa dalam stratokrasi. Tatmadaw mengisytiharkan darurat selama setahun dan menyatakan kuasa telah diberikan kepada Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing. Rampasan kuasa berlaku sehari sebelum Parlimen Myanmar bersidang di mana anggota yang dipilih pada pilihan raya umum November 2020 sepatutnya mengangkat sumpah. Presiden Win Myint dan Kaunselor Negara, Aung San Suu Kyi bersama menteri, timbalan menteri serta ahli Parlimen ditahan.


Menurut portal berita Myanmar Now, seramai 114 orang seluruh negara dibunuh oleh pasukan keselamatan. Angka itu diterbitkan oleh penyelidik bebas di Yangon yang mengumpulkan kes kematian adalah 107 orang di lebih 24 bandar dan pekan, lapor agensi berita CNA. Kedua-dua angka itu tertinggi jika dibandingkan dengan anggaran sebelumnya iaitu pada 14 Mac lalu, dalam lingkungan antara 74 hingga 90 orang. Angka yang dikumpulkan oleh penyelidik yang namanya dirahsiakan, bersamaan dengan kiraan disiarkan setiap hari oleh Persatuan Bantuan Tawanan Politik yang mendokumenkan kes kematian dan tangkapan serta datanya diklasifikasikan sebagai sumber sahih.


Isu rampasan kuasa di Myanmar disebabkan salah urus ekonomi yang akhirnya menyebabkan Ne Win mengundurkan diri. Hal ini juga menunjukkan kekurangan sikap kebertanggugjawaban oleh kerajaan Myanmar menyebabkan isu rampasan kuasa dan menunjukkan tindakan yang tidak baik oleh kerajaan Myanmar.


Jika ekonomi tidak dapat diuruskan dengan baik, hal ini akan menyebabkan politik negara juga akan turut terjejas Selain itu, unsur-unsur lain yang terdapat dalam sistem pengurusan dan pengawasan seperti , tidak telusl atihan yang kurang bermutu serta kegagalan kepimpinan. Dengan ini, pihak kerajaan Myanmar dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) jugaakan menitik beratkan tentang masalah isu rampasan kuasa


Usaha penentangan orang awam telah tercetus di negara itu, menentang rampasan kuasa, dalam berbagai bentuk, termasuk tindakan ketidakpatuhan orang ramai, mogok kerja, kempen boikot tentera, kempen reben merah, protes masyarakat, dan pengakuan rasmi keputusan pilihan raya oleh wakil rakyat. Isyarat tiga jari telah digunakan secara meluas sebagai simbol tunjuk perasaan dan netizen turut menyertai Milk Tea Alliance, sebuah gerakan perpaduan demokratik dalam talian di Asia.


Sejak bermulanya rampasan kuasa, penduduk di pusat bandar seperti Yangon memukul periuk dan kuali secara serentak setiap petang, tindakan simbolik untuk menghalau semangat kejahatan, sebagai kaedah untuk menyatakan penentangan mereka terhadap rampasan kuasa tersebut.


Kumpulan kempen Facebook yang digelar "Civil Disobedience Movement" telah menarik lebih dari 200,000 pengikut, sejak ditubuhkan pada 2 Februari hingga 3 Februari, pekerja kesihatan di lebih 110 hospital dan agensi kesihatan telah mengambil bahagian dalam pergerakan tersebut. Kita boleh cuba fikir sekiranya isu rampasan kekuasaan terus berlaku, apakah pengaruh akan terjadi dalam masyarakat ? Apakah pengaruh akan terjadi juga dalam ekonomi di negara Myanmar?


Pada pandangan saya, isu rampasan kekuasaan ini, pihak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkuasa dan bertanggungjawab untuk melindung masyarakat dan menjaga keselamatan sekiranya berlaku apa-apa krisis dalam negara. Di samping itu, rakyat juga akan terus berasa bimbang dan hilang keyakinan terhadap sistem dan keharmonian negara tersebut. Layanan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan daripada pihak berkuasa akan menjatuhkan imej negara serta mempunyai kemungkinan untuk mempengaruhi hubungan politik dengan negara lain. Hal ini bukan sahaja menjatuhkan imej negara, ia juga akan menjejaskan ekonomi di negara Myanmar dan akan menyebabkan pengangguran negara akan meningkat.


Secara kesimpulan, isu rampasan kekuasaan ini telah diberi perhatian pada masa kini. Hal ini demikian terlalu banyak kes kematian di negara Myanmar dan tidak diambil tindakan oleh polis Myanmar. Beberapa negara seperti India, Indonesia, Jepun, Malaysia, dan Singapura menyatakan sifat keprihatinan mereka sebagai tindak balas terhadap rampasan kuasa yang banyak mendorong dialog antara pemerintah dan tentera diperintahkan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pihak kerajaan dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan masalah ini di seluruh dunia. Jika masalah ini dapat diselesaikan, saya percaya bahawa kes kematian negara Myanmar akan dapat dikurangkan dan keadaan akan menjadi harmoni dan sejahtera.


13 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page