top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Jakel Rasis Orang Melayu?

Oleh: Amelin Yazimi

Penyunting: Fatin Roslee



Sumber: Instagram @muzaffarjakel



KAJANG, 4 Mei - Penulisan berbaur rasis yang telah dimuat naik di Instagram Stories Muzaffar Jakel beberapa hari lalu telah menimbulkan pelbagai kecaman terhadap syarikat Jakel dan rakyat Malaysia mengambil keputusan untuk memboikot syarikat tersebut.


Muzaffar dikatakan telah memperlekeh orang Melayu selepas netizen mempersoalkan tindakan syarikat Jakel yang kembali beroperasi pada 4 Mei. Muzaffar berhadapan dengan pelbagai kecaman hebat oleh netizen akibat perbuatan tersebut.


Nadi Bangi sempat merujuk pandangan netizen dalam media sosial dan para netizen menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap syarikat yang didakwa menindas orang Melayu itu. Menurut MSyafiq Firdaus, bekas pekerja Jakel, melalui akaun Facebook beliau mengatakan bahawa kebanyakan pekerja atasan di syarikat tersebut sering mengutuk orang Melayu dan layanan yang diberikan terhadap pekerja kaum tersebut adalah sangat teruk.


Selain itu, ada pelanggan Jakel yang tidak berpuas hati dengan kualiti kain pasang yang dijual oleh syarikat Jakel. Suriya, 38, berkata kain yang dijual oleh syarikat tersebut tiada kualiti dan kain reput. Kain pasang dengan kualiti tersebut dijual dengan harga yang mahal. Hal ini yang menyebabkan lebih ramai pelanggan memboikot syarikat kain tersebut.


Permohonan maaf oleh Muzaffar telah dimuat naik ke dalam akaun Facebook beliau. Menurut Muzaffar Jakel, kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau bersifat peribadi dan bukan mewakili kenyataan syarikat Jakel.


“Sempena di bulan yang penuh barakah ini, saya dengan rendah diri memohon maaf sekali lagi atas ketelanjuran saya dalam mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan ramai pelanggan Jakel dan netizen”


Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel juga memohon maaf atas kekhilafan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh adiknya, Muzaffar Jakel.

32 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page