top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Jangan Letak Harapan Terlalu Tinggi Pada Anak

Oleh: Chan Lyn Yi

Penyunting: Bhavanpreet Kaur

Foto hiasan. (Sumber: Google)


Tingkah laku bunuh diri yang melibatkan golongan remaja merupakan satu isu yang besar dan perlu dibimbangi oleh pihak masyarakat terutamanya ibu bapa pada masa kini. Terdapat banyak kes berkaitan pembunuhan diri yang berlaku di Malaysia seperti yang dilaporkan Berita Harian pada 6 Febuari 2020, seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam, stress hingga membunuh diri kerana menghadapi tekanan akademik.


Terdapat juga satu kes pembunuhan diri yang telah dilaporkan Suara Sawarak pada 13 July 2020 di mana seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun mengalami masalah kemurungan cuba membunuh diri dengan bertindak terjun daripada tingkat dua sebuah bangunan di Kuching, Sarawak. Menurut berita yang dilaporkan MyMetro pada 15 July 2020, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Jalan Damai, Kota Kinabalu ditemui mati tergantung dalam bilik asrama pada hari pertama pembukaan sekolah. Kejadian yang berlaku ini telah mendapat perhatian serius.


Exco Pertubuhan Pengamal Pencegahan Jenayah Kuala Lumpur (KLCPPA), Saiful Hamiruzzaman Mohd Hazir menjelaskan bahawa keluarga dan kesihatan mental adalah faktor-faktor utama bagi kematian akibat daripada bunuh diri dalam kalangan remaja semasa beliau ditemu ramah oleh Harakahdaily mengenai kes pembunuhan diri dalam kalangan remaja.


Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja demi anak mereka. Mereka mengharapkan dan menginginkan yang terbaik untuk anak-anak. Oleh itu, ibu bapa biasanya meletakkan harapan dan impian yang tinggi terhadap anak kerana ini juga merupakan fitrah sebagai ibu bapa yang bertanggungajawab.


Malangnya, kebiasaan ibu bapa meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada anak mereka. Berbanding dengan memenuhi keperluan kepentingan emosi anak, ibu bapa lebih mementingkan kejayaan dan maruah anak-anak dalam memastikan anak-anak mereka menjadi seorang yang berjaya.


Tidak dapat dinafikan bahawa persaingan dalam peperiksaan, peluang untuk belajar atau bekerja dengan orang lain adalah semakin sengit pada masa kini. Maka, ibu bapa sentiasa mengharapkan anak mereka mendapat peluang yang terbaik dengan meletakkan harapan dan impian yang tinggi.


Walau bagaimanapun, ibu bapa yang meletakkan harapan dan impian yang terlalu tinggi atau tidak realistik akan menimbulkan banyak kesan buruk kepada anak-anak. Sebagai contohnya, menimbulkan tekanan dan konflik antara ibu bapa dengan anak. Ibu bapa akan terus mengharapkan yang terbaik daripada anak-anak dan seterusnya anak pula akan stress menghadapi ekspetasi ini. Bagi anak pula, anak akan menghadapi masalah kesihatan mental seperti kemurungan kerana anak sering risau kerana tidak dapat memenuhi harapan ibu bapa. Jika anak tidak dapat memenuhi jangkaan ibu bapa, dia akan hilang keyakinan diri sendiri dan akhirnya berasa murung. Tekanan untuk menjadi seorang yang cemerlang datangnya dari harapan dan impian ibu bapa dan bukannya anak sendiri.


Ibu bapa tidak sepatutnya meletakkan anak-anak di posisi yang sangat tertekan. Sebagai ibu bapa yang prihatin, mereka perlu ingat bahawa kebanyakan kes bunuh diri dalam kalangan remaja juga bermula daripada kemurungan. Hal ini demikian kerana ibu bapa tidak mementingkan keperluan emosi anak mereka dan anak menerima tekanan dan harapan yang menggunung tinggi dan tidak dapat mengawal emosi mereka dengan baik. Sebaliknya, ibu bapa yang meletakkan harapan yang rendah atau tiada harapan langsung terhadap anak-anak juga diangap bahaya kerana mungkin membawa kepada kekurangan tujuan dan hala tuju dalam hidup anak-anak. Menurut Akademi Pediatrik Amerika (AAP), kanak-kanak perlu mempunyai tujuan dan hala tuju diri sendiri dan ibu bapa boleh membantu anak menentukan matlamat tersebut supaya anak dapat motivasi untuk melaksanakan tugas mereka.


Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan kesihatan mental anak-anak mereka dan membentuk sahsiah anak-anak? Ibu bapa perlu berusaha dalam membentuk hubungan yang mesra dengan anak seperti sentiasa berkomunikasi dengan anak serta mendengar dan berbincang mengenai masalah anak-anak. Ini adalah penting untuk menetapkan jangkaan berdasarkan kesefahaman dan kebolehan anak-anak. Ibu bapa juga perlu memberi peluang kepada anak supaya boleh menangani masalah sendiri jika masalah tersebut tidak mengancam keselamatan anak-anak mereka. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan ketahanan diri sendiri. Misalnya, ibu bapa mengambil masa untuk mengenali tahap perkembangan, kelebihan dan kekurangan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa boleh meletakkan harapan dan impian yang sesuai serta realistik untuk anak-anak tanpa terikut-ikut orang lain.

440 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page