top of page
  • Writer's pictureMineshwara

Jangan Terpedaya! Waspada Strategi Penipuan Maya @ Scam

Penulis: Mineshwara

Penyunting: Izzaty Syazwani

Sumber : Internet


Apakah itu Scam ?

Jenayah penipuan maya atau dikatakan sebagai penipuan atas talian ini bukanlah sesuatu isu yang baru di Malaysia. Tetapi juga, bagi mendedahkan gambaran lengkap dan menyeluruh, kajian berterusan mengenai isu tersebut diperlukan dan ia akan membolehkan pihak berkuasa menangani permasalahan ini dengan mudah. Penipuan maya ini merujuk kepada jenayah yang berlaku dengan memakai peranti komputer atau gadjet sebagai medium untuk menipu dengan orang lain bagi tujuan tertentu sama ada wang atau cinta. Eksplorasi kajian lepas mengenai penipuan maya ini, memberikan gambaran jelas melalui kajian tentang ilmu pengetahuan dan amalan perlindungan tentang jenayah ini masih belum dijalankan dalam golongan belia di Malaysia walaupun banyak insiden kes penipuan maya telah pun berlaku.

Kebiasaanya, kejadian ini berlaku kepada golongan belia dan waga emas yang kurang peka terhadap teknologi kini. Contohnya, seiring bersama kecanggihan internet, pelbagai aktiviti perniagaan dan perdagangan mula dilaksanakan dengan kehadiran pelbagai platform jualan atas talian serta jual beli elektronik sama ada di laman web mahupun laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp. Sekiranya, motif atau tujuan penjenayah itu adalah untuk mendapatkan wang daripada orang sasaran, maka mereka akan merancang strategi untuk memahami pemikiran orang tersebut dan menipu mereka dengan kata-kata manis. Contohnya, menjual produk-produk dengan harga murah, menggambarkan produk itu adalah berkualiti dan bermutu tinggi di media sosial.


Menurut statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial(JSJK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), negara kita mencatat sebanyak 9,686 kes penipuan maya yang membabitkan nilai lebih rm 400 juta pada tahun 2019. Dengan statistik mereka, didapati bahawa kes mengenai jenayah penipuan maya ini mengalami peningkatan yang aktif pada setiap tahun. Sebanyak 38 kes penipuan maya telah direkodkan pada tahun 2010 dan ia sambung secara berterusan sehingga ke tahun 2020 dengan mencatat sebanyak 50,214 kes pada 2020.


CyberSecurity Malaysia juga mempunyai statistik yang berkaitan mengenai penipuan maya, pencerobohan dan gangguan siber dengan mencatat sekitar 1,000 kes pada setai bulan dan keseluruhan kes pada tahun 2019 adalah sebanyak 10,772. Isu ini turut sambung di tahun 2020,iaitu setiap bulan menerima sekitar 1,000 hingga 1,500 kes penipuan maya.


Sumber: Internet


Media sosial merupakan instrumen atau medium yang digunakan oleh penjenayah untuk mengelirukan dan menipu mangsa dengan menggunakan strategiya. Laporan PDRM menyatakan bahawa kebanyakkan kes penipuan maya telah bermula daripada media sosial seperti facebook, whatsapp, instagram, tinder dan sebagainya. Individu yang kurang berpengetahuan mengenai siber dan multimedia akan mudah ditipu dan menjadi mangsa penipuan maya.

Kebanyakkan kes penipuan maya telah berlaku dalam media sosial seperti facebook dan instagram. Contohya, pembeli gagal memikir ketika melihat produk-produk mahal yang mereka ingin membeli itu dijual dengan harga murah. Mereka juga gagal memeriksa feedback atau review daripada pembeli lain di halaman media sosial tersebut. Jenayah Penipuan maya yang berlaku atas talian ini juga terdiri daripada pelbagai jenis yang berlainan di mana menggunakan strategi yang licik dan kreatif sehingga membuatkan kita hampir 100 peratus percaya dengan janji-janji manis yang diucapkan.


Tahukah anda jenis-jenis penipuan maya @ Scam ?

Macau Scam merupakan antara jenayah penipuan atas talian yang mempunyai jumlah mangsa yang tinggi sehingga kini. Ia merupakan aktiviti memperdaya mangsa yang kurang berpengetahuan dengan panggilan palsu hingga mengakibatkan kerugiaan jutaan ringgit. Misalnya, menyamar sebagai Pegawai Polis, menyamar sebagai Pegawai Kastam, menyamar sebagai Pegawai Bank/ Bank Negara dan lain-lain.


Yang kedua adalah scam KWSP yang selalu berlaku kepada warga emas. Seperti mana yang kita tahu, Wang KWSP adalah wang simpanan bagi warga emas untuk kegunaan akan datang atau kecemasan. Scammer menggunakan taktik panggilan daripada Ejen KWSP dengan menyatakan mereka akan membantu untuk membuat pengeluaran atau meminta kad pengenalan. Mereka juga akan menipu warga emas melalui SMS dengan kata-kata manis.


Scam Cinta (Love Scam) juga merupakan salah satu jenis penipuan yang viral dalam kalangan masyarakat kini. ‘Love scam’ ini adalah bahaya kerana mereka mempercayai orang yang tidak dikenali tersebut dengan penuh kecintaan dan terpedaya dengan tipu helah yang mereka gunakan, sebahagian besar penipu ini menggunakan profil palsu dan tinggal jauh dari mangsa tetapi meyakinkan mangsa dengan janji-janji manis seperti ingin berkahwin dan ingin berjumpa dengan memanipulasi perasaan mangsa.

Apakah langkah pencegahan daripada Penipuan “Scam”?


Pertama sekali, jangan berkongsi maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali. Contoh maklumat seperti nombor akaun bank, kata laluan perbankan atas talian, nombor kad pengenalan, kod CCV yang ada pada kad bank. Sekiranya anda menerima panggilan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, anda dinasihatkan untuk terus menamatkan panggilannya.


Sebagai seorang pengguna yang bijak, anda perlu menghubungi talian khidmat pelanggan untuk kepastian.Apabila menerima panggilan yang mencurigakan berulang kali, simpan butiran atau nombor tersebut dan terus menghubungi talian khidmat pelanggan untuk menyatakan segala butiran perbualan anda.


Anda juga dinasihatkan bahawa melakukan semakan akaun bank semasa pembelian barangan/perkhidmatan atas talian. Sebagai seorang pengguna, anda harus membuat pengesahan sama ada akaun bank penjual pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau tidak. Misalnya, anda boleh melakukan semakan di portal seperti Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, SCAM.MY dan Tipu.my.


107 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page