top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Jawapan ‘Jujur’ Pelajar SPM Menjadi Tumpuan

Oleh: Nur Yusliana Mohd Yusoff

Penyunting: Nur Zulaikha Hisham



Sumber: Laman sosial Twitter @Fkriifauzi


BANGI, 28 Jun – Baru-baru ini tular satu video mengenai salah seorang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditemu ramah oleh wartawan semasa hari pertama sesi persekolahan yang telah disambung semula selepas tiga bulan sekolah ditutup berikutan tempok Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencuit hati netizen apabila dikatakan memberikan jawapan yang jujur semasa ditemu ramah.


Klip video temu ramah yang berdurasi 31 saat itu telah tular hampir di semua platform media sosial termasuklah di laman Facebook,Twitter dan Instagram dan telah mendapat hampir 1.6 juta tontonan dan hampir 50 ribu diulang kicau di laman sosial Twitter milik salah seorang rakannya iaitu pemilik akaun @rpiizy.


Pelajar tersebut, Muhammad Fikri Mohd Fauzi, 17, merupakan salah seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini dikatakan memberi jawapan yang sangat jujur dengan menonton drama Korea dan menghabiskan masanya dengan tidur sepanjang sesi persekolahan ditutup.


“Tiga bulan duduk rumah saya tengok drama Korea…..tidur….”


Tambahan Fikri lagi, “Seminggu sebelum sekolah saya dah prepare siap-siap dah termasuklah cari baju sekolah, dah lama tak sekolah saya dah tak jumpa baju sekolah.”


Diakhir video tersebut Fikri juga ada menyatakan bahawa dia juga ada menggunakan masa cuti dengan belajar namun, dia berpendapat bahawa belajar di rumah sedikit susah berbanding belajar di sekolah akibat daripada masalah capaian internet.


Kenyataan Muhammad Fikri di akhir temubual itu juga mencuit hati masyarakat apabila mereka mendakwa dirinya boleh menonton drama Korea namun mempunyai masalah capaian internet untuk belajar.


Salah seorang pengguna Twitter yang memegang akaun @irsyadjaafri memberikan respond “Bila belajar ni internet sekat-sekat tapi kalau drama Korea dia punya laju lain macam hahahahahhha.”


Namun, terdapat juga beberapa komen yang berbentuk teguran tentang kenyataan Muhammad Fikri sepanjang video temu bual tersebut yang dikatan dirinya tidak serius walaupun akan menghadapi peperiksaan SPM kelak.


Salah seorang pengguna Instagram ada memberikan komen dan teguran berbentuk sinis bahawa tindakan Fikri yang menghabiskan masa cutinya menonton drama Korea.


“Elok la tu dik, tak payah buka buku nanti exam esok pun banyak soalan tanya pasal cerita dan pelakon Korea.”


Walau apapun, di lama sosial Twitter milik @rpiizy juga ada menyatakan supaya masyarakat yang menonton video tersebut mendoakan kecemerlangan mereka dan pelajar-pelajar SPM yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada bulan Mac tahun hadapan.


Sehubungan dengan itu, Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini menjelaskan bahawa keputusan pembukaan sekolah terhadap palajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 itu itu dibuat setelah mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Antara SOP pembukaan semula sekolah ialah pemeriksaan suhu setiap hari bagi murid, guru dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah. Mereka dengan suhu badan yang melebihi 37.5 darjah Celsius atau bergejala, tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah, manakala aktiviti di luar bilik darjah seperti sukan dan kokurikulum secara bersemuka, tidak dilaksanakan sehingga suatu tarikh dimaklumkan nanti.


35 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page