Oleh : Liu Jiun Er Penyunting : Amira Zulaikha Saidon
Sumber: Google
BANGI, Mac 7 – Ketua Teras Persatuan Mahasiswa Fakulti, Muhammad Aiman Asyraf Bin Mohd Tahir (Sarjanamuda Syariah Muamalat, 2) menyatakan jin suka darah yang kotor seperti darah haid wanita.
Kes tentang histeria telah dibincangkan dalam Dewan Senat Mahasiswa yang sebelumnya dikenali sebagai Parlimen Mahasiswa dan dianjurkan pada setiap tahun. Tujuan Dewan Senat Mahasiswa diadakan adalah untuk mengumpulkan suara keseluruh mahasiswa yang diwakili oleh Perwakilan Persatuan, Kelab, Anak Negeri, Badan Beruniform serta Majlis Eksekutif Pelajar di kolej.
Ketua Eksekutif Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), Nurhanani Dhamirah Binti Razaleh (Sarjanamuda Sains Politik,3) meyuarakan terdapat masalah histeria atau gangguan di kolej-kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia yang sering berlaku selepas jam 10 malam.
“Kepada siapa boleh kami laporkan kerana Darussyifa hanya beroperasi sehingga jam 10 malam sahaja dan tiada panduan yang jelas tentang keperluan pelajar untuk merujuk kepada mana-mana pihak bagi menyelesaikan masalah ini.”
“Tambahan lagi, Wisma Aman juga tidak begitu relevan bagi mengawal isu ini.”
Timbalan Naib Yang Di-Pertua-2, Muhammad Aiman Bin Mohd Yusof (Sarjanamuda Kejuruteraan Mekanikal, 4) memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah ini jika kes histeria atau rasuk terus berlaku di kolej kediaman selepas.
“Saya cadangkan bahawa kita harus buat ‘pagar’ di kolej-kolej tertentu misalnya Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) kerana kalau tak silap saya, kali terakhir pihak membuat ‘pagar’ ini di KTHO adalah 5 tahun yang lepas. ‘Pagar’ ini harus diperbaharui pada setiap tahun.”
“Kami juga akan cuba untuk berbincang dengan pihak Darussyifa supaya mereka boleh membuat satu jadual petugas yang boleh memberikan bantuan jika kes histeria atau rasuk ini berlaku selepas jam 10 malam.”
Cadangan lain yang dikemukakan oleh pelajar termasuklah menubuhkan satu kelab dan bekerjasama dengan Darussyifa serta Citra Perubatan Islam supaya dapat memberikan bantuan kepada pelajar tertentu jika berlakunya kes histeria pada waktu malam.
Dewan Senat Mahasiswa dirasmikan oleh Yang Dipertua Muhammad Akmal Hakim Bin Adnan, (Sarjanamuda Undang-Undang Tahun 3).
Comments