top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Jom Heboh Melaka 2019 Persiapkan 300 Kru

Oleh: Zarith Sofea

Penyunting: Haswendren Bala


Sumber: Zarith Sofea

BANGI, 11 Nov - Karnival Jom Heboh Melaka yang melabuhkan tirainya pada tahun ini, 2 dan 3 November yang lalu, telah melakukan pelbagai persiapan rapi yang disokong oleh 300 orang kru.


Jom Heboh Melaka yang diadakan di Dataran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka merupakan destinasi terakhir untuk tahun ini selepas Johor Bahru, Shah Alam, Sabah dan Pulau Pinang.


Tampil luar biasa dari tahun sebelumnya, antara persiapan rapi yang dilakukan meliputi aspek keselamatan, persediaan khemah, tapak jualan dan perancangan program yang lebih menarik buat para pengunjung.


Ketua Pengurus Projek Jom Heboh Melaka, Encik Taufik berkata, seramai 300 kru termasuk pengurus acara, pihak penguatkuasa, keselamatan dan paramedik yang terlibat dalam memastikan kelancaran karnival ini.


“Pihak polis memberi kerjasama yang padu dalam membantu dan memastikan keseluruhan tapak dalam keadaan yang terkawal kerana mereka berada di sekitar tapak karnival.


“Pengunjung tidak perlu risau kerana mereka boleh terus ke pusat kawalan untuk mendapatkan bantuan pihak polis bergerak, ambulans dan paramedik” tambah beliau.


Sementara itu, Puan Izyan, Pengurus Projek Bersama memberitahu perancangan keseluruhan karnival dilakukan tiga bulan lebih awal bermula awal tahun dan dua minggu sebelum karnival berlangsung untuk persediaan khemah bagi setiap lokasi.


Salah seorang pengunjung, Amirul Naim, 27, dari Selangor berkata, penganjuran Jom Heboh Melaka pada kali ini dilihat sangat meriah dan lebih sistematik.


“Saya rasa gembira kerana banyak kemudahan tapak parkir kereta yang disediakan dan kru yang sangat membantu dalam memberi tunjuk arah sekitar karnival,” jelasnya.


Karnival yang berlangsung selama dua hari itu dilihat menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga serta peluang beramah mesra dengan selebriti popular.


Antara selebriti yang hadir ialah selebriti dari rangkaian radio dan televisyen popular seperti Hot FM, Kool FM, TV3, TV9, NTV7 dan 8TV.


Selain aktiviti menarik, Jom Heboh Melaka kali ini digegarkan dengan kehadiran selebriti antarabangsa popular, Arslan Asad yang sedang hangat membintangi drama Sara Sajeeda yang ditayangkan di TV3.

32 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page