top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Journey of ASEAN Khidmat Lestari Komuniti dan Pelajar

Oleh: Farhan Siddiq

Penyunting: Abdullah Zaid



Semangat pelajar dalam meneruskan khidmat lestari komuniti dan pelajar tetap menjadi pegangan sebagai ahli program Journey of ASEAN pada masa sekarang ini. Program mobiliti yang sepatutnya keluar pergi negara-negara ASEAN bertukar ke universiti sendiri. Namun, ini tidak mematahkan semangat JOA untuk sentiasa berbakti kepada masyarakat.


Tatkala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa sehingga hari ini, Journey of ASEAN (JOA) hadir memberi khidmat komuniti dan pelajar dengan memberi sumbangan seperti makanan kering, pek McDonald’s, dan pelbagai jenis makanan bagi membantu meringankan beban dan menghilangkan stress pelajar yang berada di kampus.


"Kita dapati program-program seperti ini dapat membantu pelajar-pelajar kita di mana mereka ini berada dan belajar di kolej yang tidak dapat keluar ke mana-mana dalam tempoh lockdown ataupun PKP. Jadi bantuan seperti dapat memberi kenikmatan makanan yang sedap kepada pelajar kerana tidak dapat membeli di restoran", ujar Pengetua Kolej Dato' Onn, Prof. Madya Ts. Dr. Norinsan Kamil.


Beliau turut mengatakan bahawa bantuan JOA adalah dari pelbagai bentuk yang bukan makanan sahaja tetapi bentuk bantuan khusus bagi warga Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja serta bantuan-bantuan tersebut dapat memberikan semangat dan melahirkan rasa kesyukuran dengan adanya bantuan yang diberikan oleh pihak JOA terutamanya.


"Saya sebagai Ketua Pengarah dan menyandang sebagai seorang mahasiswa, saya faham apa yang mahasiswa alami dalam tempoh PKP ini" kata Ketua Pengarah Journey Of ASEAN, Naim Abdul Rahman.


"Kita ingin membawa satu inisiatif di mana pelajar dapat tidak berasa stress dan terbeban bila berada di kolej" tambahnya lagi.


Rata-rata pelajar pelajar berterima kasih dengan Journey of ASEAN kerana memberi sumbangan makanan dan barang keperluan kepada mahasiswa dan mahasiswi dengan makanan yang pelbagai jenis seperti nasi tomato, Nasi Arab, pek McDonald’s, pizza, dan sebagai bagi menjaga emosi pelajar.


"Alhamdulillah saya berasa bersyukur dan merasakan kebajikan kita sebagai pelajar terjaga dan dihargai kerana seperti mana yang kita dapat tahu pada situasi ini sukar untuk membeli barang di luar. Hari ini dapat nasi tomato" kata Arif Hatimi, pelajar Tahun 3.


"Sedia maklum pelajar sukar untuk membeli barang di luar dengan bantuan ini dapat mengisi perut sikit maksudnya kami berterima kasih banyak kepada pihak JOA dan barisan pengurusan" ujar Khairunnisa Samudin, pelajar Tahun 1.


Latar belakang Program Journey of ASEAN

Journey of ASEAN atau lebih dikenali sebagai JOA merupakan sebuah program mobiliti di bawah junjungan Kolej Dato' Onn Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah menjalankan pelbagai misi bantuan kemanusiaan ke negara anggota ASEAN.


Antara negara anggota yang telah dijalankan misi kemanusiaan adalah di Phnom Penh, Kemboja pada tahun 2018 dan Aceh, Indonesia pada tahun 2020.


Pihak JOA tetap menyatakan semangat mereka untuk meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat dan pelajar ini tercipta apabila berlakunya wabak pandemik Covid-19 yang hampir melumpuhkan negara yang dapat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.


Maka semangat JOA ini diteruskan dengan melaksanakan pembaharuan dan merealisasikan harapan Malaysia bagi menjamin kemakmuran negara dapat dinikmati bersama.


Rentetan pandemik Covid-19 yang tiada penghujungnya, perancangan mobiliti ke Vietnam dan negeri Sarawak pada tahun ini telah terbatal namun misi JOA dalam memberi aspirasi kepada masyarakat, dan melestari pendidikan tidak terhenti di situ malah mempunyai perancangan yang lebih efektif untuk beradaptasi dengan situasi pandemik pada masa ini.


Matlamat Journey of ASEAN sebelum pandemik Covid-19

Matlamat utama Journey of ASEAN: Malaysia pada awalnya adalah untuk melaksanakan inovasi baharu di lokasi sasaran untuk menyumbang khidmat bakti siswa di negeri Sarawak.


Objektif utama adalah penyampaian pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics), mengkaji keberkesanan STEM di Malaysia, Program Health Education, serta program kemasyarakatan dan infrastruktur bersama komuniti kampung.


Bersesuaian dengan matlamat United Nations iaitu ingin mencapai Pelan pembangunan Lestari maka tema "Mahasiswa Aspirasi Masyarakat, dan Sustainable Education and Life" diangkat.


Dalam pada itu, JOA pada kali ini juga membawa satu kelainan dengan bermatlamat untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan mapan untuk semua selaras dengan selaras Pelan Pembangunan Lestari.


Penularan wabak Covid-19 memberi satu tekanan yang besar terutamanya mereka yang berada di luar bandar apabila bekalan asas untuk meneruskan kehidupan tidak diperoleh.


Bersesuaian dengan cabang matlamat Pelan Pembangunan Lestari, Program Journey of ASEAN pada kali ini menekankan kepada aspek yang membawa kepada satu pendekatan baharu iaitu kemiskinan, air bersih dan sanitasi, dan kerjasama untuk mencapai matlamat.


Ketua Pengarah Journey Of ASEAN menyatakan objektif utama program JOA ini ditubuhkan pada asalnya adalah dari mahasiswa kepada komuniti, akan tetapi disebabkan pandemik mereka telah berbalik kepada objektif komuniti kepada mahasiswa dengan memberi semangat semula kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM yang terjejas dan stress ketika belajar dalam keadaan ini.

185 views2 comments

2 Σχόλια

Βαθμολογήθηκε με 0 από 5 αστέρια.
Δεν υπάρχουν ακόμη βαθμολογίες

Προσθέστε μια βαθμολογία
Cik non
Cik non
03 Ιουλ 2021

Cakna siswa

Μου αρέσει

Thrishaan Param
Thrishaan Param
03 Ιουλ 2021

Hebat

Μου αρέσει
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page