top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

JURANG LITERASI KINI BERKURANG?

Penulis: Muhammad Amir Ridzuan Bin Ruslee

Penyunting: Aisyah Antasya binti Shamsol Jazlisham



Sumber: Google


AI untuk Rakyat ialah program pembelajaran kendiri yang direka untuk pengguna daripada pelbagai peringkat umur. Ini termasuklah pelajar, ibu bapa yang berada di rumah, golongan profesional daripada pelbagai bidang serta warga tua. Program ini dicipta  terutamanya untuk mereka yang berminat untuk menelusuri ‘AI’ - Artificial Intelligence (AI).


Mengenai AI untuk Rakyat ialah program pembelajaran kendiri dalam talian yang dibina untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang Artificial Intelligence. Program tersebut ialah langkah pertama untuk anda menuju ke arah dunia inklusif AI. Namun demikian, ia bukanlah bertujuan untuk melatih atau menjadikan anda pakar AI tetapi ianya bertujuan untuk membolehkan anda dilengkapi dengan pemahaman asas tentang Artificial Intelligence dan membolehkan anda tahu untuk menggunakannya.


Program ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu AI Aware (Celik AI) dan AI Appreciate (Hargai AI). Dibawah AI Aware ianya menerangkan tentang AI, menghargai akan  sumbangannya, dan juga membuatkan anda cakna terhadap aplikasi AI pada masa kini. Ia juga ada menerangkan beberapa tanggapan yang salah tentang AI. Dibawah AI Appreciate pula, ia dibina dengan tujuan agar rakyat lebih memahami sektor-sektor utama dalam AI. Konsep AI Appreciate ini adalah untuk memberi kesedaran terhadap sebarang kemungkinan, kemusykilan dan etika, bermula dari pelan pembelajaran kendiri untuk menerokai AI. 


Sebelum mendalami tentang AI,  pengguna perlu faham apa itu kecerdasan manusia, human intelligence. Manusia lumrahnya dikenali sebagai spesies cerdas dan pintar. Kita semua dilahirkan dengan memiliki otak dan kebolehan serta pemahaman unik yang dapat kita kembangkan sepanjang hayat kita. Tetapi, apakah perkara faktor yang menjadikan kita cerdas dan pintar? Kecerdasan itu sendiri mempunyai maksud yang luas. Sebagai manusia, kita mempunyai kecerdasan dan kepintaran kerana kita mempunyai kemahiran berfikir secara logik dan boleh bertindak balas terhadap situasi di mana kita berada. Lazimnya, manusia mengadaptasi pelbagai perkara daripada pengalaman dan pembelajaran kehidupan. Sudah semestinya kita tidak mahu untuk mengulangi kesilapan sama pada masa lepas. Kita juga boleh memahami apa yang diucap, dibaca atau ditulis oleh orang lain. Kebolehan ini membolehkan kita untuk berkomunikasi. 



Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang mungkin menjadi isu setelah AI untuk Rakyat ini diguna atau dijawab oleh ramai khalayak. Antara isunya ialah akses, seperti yang dimahukan oleh kerajaan untuk program ini iaitu dimulakan dengan pelajar sekolah. Perkara tersebut akan menjadi isu kepada permasalahan ini kerana pelajar sekolah kurang kebiasaannya kurang terdedah terhadap teknologi, manakan pula mengenai AI.


Cabaran seterusnya ialah akses tersebut memerlukan waktu yang sangat lama untuk menyelesaikan ujian yang dilakukan. Walaupun ianya akan tetap merekodkan data, akan tetapi pengguna menjadi mula hilang minat dan lama- kelamaan risiko untuk tidak menyelesaikan ujian tersebut mungkin akan meningkat sekaligus tidak akan dapat memenuhi jumlah yang diperlukan oleh kerajaan iaitu sebanyak satu juta penyertaan. Selari dengan jumlah penyertaan yang diinginkan, pihak kerajaan juga harus memastikan sebarang program yang hendak dilakukan adalah mudah akses dan juga menarik untuk membuat pengguna kekal menggunakan program tersebut.




Sumber: Amir Ridzuan


Seperti yang digembar-gemburkan mengenai AI pada masa kini, kerajaan sudah sepatutnya mampu untuk membangunkan teknologi AI yang diselia sendiri oleh kerajaan Malaysia seiring dengan membuat jaringan literasi. Kita sudah sedia maklum bahawa AI sudah lama mendarat di dunia ini. Apabila kerajaan baru mengumumkan tentang pelancaran program literasi jaringan ini, jelaslah ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah jauh ketinggalan berbanding dengan negara lain.


Bukan itu sahaja, jika kerajaan hendak menegaskan tentang teknologi AI, sewajarnya pihak kerajaan harus mengukuhkan infrastruktur yang boleh menyokong sepenuhnya teknologi AI ini untuk mula digunakan di Malaysia. Kerajaan seolah-olah melangkau langkah-langkah yang sepatutnya dinilai terlebih dahulu. Jika rakyat sendiri tidak mesra menggunakan teknologi, bagaimana rakyat hendak menjawab ujian bagi program AI untuk rakyat ini? Ianya mendorong kepada fault findings apabila rakyat tidak menjawab berdasarkan pengetahuan dan pengalaman dengan sepenuhnya.


Antara masalah lain yang dapat dilihat pada masa hadapan ialah mengenai keselamatan maklumat yang didaftarkan oleh pendaftar. Oleh disebabkan kerajaan mempunyai banyak hubungan kolaborasi dengan syarikat luar, keselamatan maklumat yang dikongsi masih belum boleh dijamin. Jika kerajaan mampu meyakinkan rakyat mengenai keselamatan maklumat yang dikongsikan, kebarangkalian untuk menarik responden melakukan ujian untuk program ini adalah lebih besar.



Sumber: Amir Ridzuan


Apakah yang dilakukan oleh AI dalam kehidupan seharian kita? Pernahkah anda bayangkan kita mempunyai seorang pembantu yang hidup dalam telefon pintar dengan membantu kita untuk membuat panggilan, menghantar mesej, mencari maklumat dan banyak lagi perkara yang boleh dilakukan oleh manusia sebenar. Jika anda masih belum menerokai pembantu mini dalam telefon anda, anda boleh mencubanya sekarang. Bukankah perkara ini mengagumkan? AI sangat berguna kepada kita semua tanpa mengira umur, jantina dan pekerjaan kita. Marilah kita lihat teknologi yang berada di sekeliling kita ini. Siapa sangka bahawa kita langsung tidak sedar akan kewujudannya.


Oleh itu, usaha kerajaan untuk memastikan rakyat menyedari sepenuhnya apa itu celik digital dan celik AI ini haruslah diraikan bagi memastikan negara terus berkembang maju dalam aspek teknologi dan tidak ketinggalan jauh dari negara-negara yang sudah maju kehadapan.

3 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page