top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

K-Novasi 2020 Sasar Rantau Asean

Oleh: Dina Farhana Hussain

Penyunting: Amni Amirah Izzati Bt Afandi


Poster Program

BANGI, 25 Okt – Karnival Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran UKM atau lebih dikenali sebagai K-Novasi bakal kembali buat edisi kali ke-enam dimana ianya bakal diadakan di Hotel Tenera, Bangi pada 5 hingga 6 Februari 2020.


K-Novasi mula diperkenalkan pada tahun 2015, ianya merupakan program anjuran Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran (Pengajaran UKM) berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 yang berhasrat untuk melahirkan graduan yang bercirikan keusahawanan, holistik serta seimbang iaitu mempunyai kemahiran dunia abad ke-21 dengan memberikan tumpuan kepada keberhasilan, berbanding input, di samping menggunakan teknologi dan inovasi bagi memenuhi keperluan serta meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.


Bertemakan ‘Pembelajaran Aktif Futuristik Melangkau 2020’ ia bakal menjadikan K-Novasi 2020 ini mendapat sambutan yang baik dalam penyertaan sekaligus kena dengan sasarannya iaitu rantau ASEAN.


Objektif utama K-Novasi ini ialah bagi mengenalpasti produk dan inovasi yang boleh diketengahkan di peringkat kebangsaan melalui pertandingan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga akademik berkaitan teknik atau pendekatan inovasi menerusi Bengkel Nano Inovasi serta berkongsikan idea dan pandangan mengenai isu-isu utama berkaitan pengajaran dan pembelajaran.


Menurut Timbalan Pengarah Pengajaran UKM, Prof. Madya Dr. Azmin Sham Rambely berkata, “K-Novasi 2020 muncul dengan membawa kelainan yang tersendiri iaitu menjadikan K-Novasi 2020 ini lebih bersifat moden dan memilih platform digital dengan kerjasama beberapa syarikat antaranya Microsoft, Apple dan banyak lagi.”


“Dari segi penyertaan juga ada kelainannya iaitu untuk tahun 2020 kami membuka penyertaan kepada ASEAN kerana mendapat permintaan yang tinggi, jika sebelum ini penyertaan hanya dibuka untuk luar daripada UKM iaitu IPTA, IPTS, sekolah, politeknik dan institusi pendidikan,” kata Prof. Madya Dr. Azmin Sham Rambely.


Menurut beliau lagi, pertandingan kali ini turut membentangkan kertas kerja dan produk, jika sebelum ini peserta hanya membentangkan produk sahaja. Anggaran peserta yang akan menyertai K-Novasi 2020 ini antara 350 hingga 400 orang.


Sebarang maklumat mengenai K-Novasi 2020 sila layari http://www.ukm.my/knovasi atau hubungi 03-8921 3791.

24 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page