Penulis : Phuan Kennie
Penyunting : Nur Ezzati
Sumber : Lowyat.net
Kuala Lumpur, 22 April: Touch ‘n Go (TNG) kini melancarkan kad versi baharu yang ditambah baik dimana ianya mempunyai ciri tambah nilai secara NFC (Near Field Communication).
Ianya membolehkan pengguna untuk menambahkan nilai Kad Touch ‘n Go menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
Kad versi baharu ini dijual pada harga RM10 dan boleh dibeli di aplikasi Touch ‘n Go eWallet serta di lokasi runcit yang terpilih di seluruh negara, tiada sebarang surcaj dikenakan apabila tambah nilai dilakukan.
Menurut Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Touch ‘n Go, Effendy Shahul Hamid, berkata pihaknya amat berbesar hati kerana dapat membawa kad versi baharu ke pasaran, sekali gus menangani kesulitan yang sering dialami pengguna kadnya iaitu kesulitan melakukan tambah nilai.
Beliau berkata, dengan tawaran kad yang dipertingkat ini, pengguna kini boleh menambah nilai kad mereka melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet dalam telefon mereka pada bila-bila masa di mana-mana sahaja.
Selepas pengguna menerima kad Touch ‘n Go versi baharu, mereka perlu mendaftar kad itu ke dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet mereka, pengguna hanya perlu memegang kad di belakang telefon pintar yang mempunyai ciri NFC selama lima saat untuk mengaktifkan kad baharu.
Kegunaan Kad Touch ‘n Go versi baharu ini sama seperti kad Touch ‘n Go lama iaitu pengguna boleh menggunakannya untuk membuat bayaran tanpa tunai seperti biasa merentasi semua penggunaan termasuk lebuhraya tol, perkhidmatan pengangkutan awam.
Ciri tambah nilai NFC ini memerlukan telefon pintar berdaya NFC dan ia boleh berfungsi pada kedua-dua pengguna Android dan IOS.
Pengguna hanya perlu melakukan pemilihan nilai kredit yang ingin ditambah nilai, menyentuh kad tersebut di bahagian NFC di telefon untuk menambah nilai tersebut.
Ia dapat memudahkan pengguna kerana membolehkan para pengguna untuk menambah nilai kad fizikal mereka tanpa perlu ke kiosk atau kaunter perkhidmatan. Semuanya kini berada dihujung jari sahaja.
Kommentarer