top of page
  • Writer's pictureChua Yung Qi

Kafe Berkonsepkan Zoo Mini

Updated: Jan 7, 2023

Penulis: Chua Yung Qi

Penyunting: Ahmad Hasif bin Halimi


Persekitaran kafe Luck Bros Kopi cawangan Kota Damansara. Sumber Foto: @assrul_aminur


Cafe hopping adalah satu trend yang biasa dalam kalangan pemanis mulut. Tapi pernahkah anda menghirup secangkul kopi sambil melihat haiwan eksotik di kafe?


Restoran dipanggil Luck Bros Kopi, terletak di tepi Jalan Teknologi Taman Sains Selangor 1, PJU 5, Kota Damansara ini, menjadi tumpuan pengunjung khususnya pengunjung berkeluarga kerana keunikannya, iaitu gabungan konsep kafe dan zoo mini.


Kafe ini terletak di dalam sebuah bangunan yang terdiri daripada 3 tingkat. Di aras bawah, bertempatnya kafe Luck Bros Kopi bersama sebuah zoo mini yang bernama The MINs.


Pengunjung akan dapat melihat hanya segelintir haiwan eksotik, iaitu ular dan iguana melalui kaca dinding di kafe. Untuk melihat kesemua pameran haiwan eksotik serta mempunyai interaksi rapat secara eksklusif bersama haiwan-haiwan tersebut, pengunjung perlu membayar tiket kemasukan sebanyak RM15 seorang.


Maka, ketika pengunjung sedang menunggu pesanan makanan ataupun selepas menjamu selera di kafe, mereka boleh meluangkan masa mengunjung ke The MINs.


Pengunjung Berpeluang untuk Memegang dan Bergambar dengan Haiwan Eksotik di Zoo Mini.


Bekas-bekas kaca yang menempatkan pelbagai spesis reptilia di The MINs. Sumber Foto: Nadi Bangi


Penggemar haiwan eksotik pasti tidak ingin melepaskan peluang untuk mengunjung ke tempat ini. Hal ini kerana di ruang The MINs, terdapat lebih 180 spesis terarium, tumbuh-tumbuhan dan haiwan eksotik yang dipamerkan.


Kod QR juga ditampalkan di bekas kaca setiap haiwan untuk memudahkan para pengunjung mengenali maklumat lebih mendalam mengenai spesis tersebut lebih lanjut di atas talian.



Antara spesis kura-kura dan iguana yang dipamerkan di The MINs.

Sumber Foto: Nadi Bangi


Haiwan-haiwan eksotik yang dipamerkan adalah jarang ditemui di pasaran. Antaranya termasuklah ular, cicak, labah-labah, mantis, katak, kura-kura, kala jengking dan lain-lain.


Para pengunjung juga boleh memegang sesetengah haiwan eksotik seperti ular, burung dan kala jengking untuk bergambar.


Pengunjung berpeluang untuk memberi makanan kepada kuda padi.

Sumber Foto: Nadi Bangi


Selain itu, terdapat juga haiwan ternakan dibela di kawasan lapang di hadapan kafe seperti kuda padi, biri-biri, dan arnab di sana. Para pengunjung boleh memberi makanan kepada haiwan-haiwan di sana.


Di aras dua pula, terdapat pameran haiwan-haiwan domestik, iaitu kucing, tikus belanda, landak dan arnab. Sama seperti di aras bawah, para pengunjung juga berpeluang untuk memegang haiwan tersebut.


Ringkasnya, konsep zoo mini ini merupakan hasil kolaborasi antara Luck Bros bersama Radical Werks.

Kafe yang berkonsep alam semula jadi ini adalah cukup sesuai untuk menjadi tempat kunjungan keluarga khususnya kanak-kanak.


Ibu bapa bukan sahaja dapat membawa anak-anak menikmati makanan, mereka juga dapat meluangkan waktu cuti sekolah di sini dengan mempelajari spesis-spesis haiwan eksotik dan memegang haiwan yang jarang dijumpai.


Sudah pasti bukan sahaja kanak-kanak yang akan merasai keseronokan di sini, para dewasa juga akan teruja apabila dapat berinteraksi dengan lebih dekat dengan haiwan-haiwan eksotik itu.


Luckin Kopi Kaw Unlimited Refill


Di sebalik pengalaman berinteraksi rapat bersama haiwan eksotik, para pelanggan Luckin Kopi ditawarkan pelbagai pilihan makanan, dari sarapan, makan tengah hari hingga menu makan malam. Hidangan yang disajikan adalah campuran makanan tempatan Malaysia dan Barat yang menyelerakan untuk memenuhi selera para pengunjung.


Bagi penganut agama Islam pula tidak perlu risau mengenai menu kerana Luck Bros adalah kafe mesra Muslim. Harga makanan juga adalah berpatutan.


Apabila mengunjung ke kafe ini, antara menu yang mesti dicuba di kafe ini adalah Luck Bros Signature Salted Egg yang boleh disajikan dengan beberapa pilihan set, iaitu set nasi atau set Mi Sedaap bersama ayam, sotong atau udang. Lagi satu menu bestseller yang pasti akan dicuba oleh pengunjung adalah Nasi Lemak Skillet.


Luck Bros 5 State Kopi

Sumber Foto: Discover KL


Kafe ini juga terkenal dengan kopinya yang bernama Luck Bros 5 State Kopi. Pesanan kopi ini akan datang dengan 5 cawan kopi yang terdiri daripada 5 tempat yang berlainan, iaitu Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Ipoh dan Melaka dengan harga RM20.90 bersama biskut.


Beralih ke menu makan tengah hari Luckin Kopi, penggemar kopi pasti akan teruja kerana Luck Bros menawarkan perkhidmatan unlimited refill. Ini bermaksud bahawa para pelanggan boleh minta untuk pengisian semula Luckin Kopi Kaw tanpa had.


Pengasas Luck Bros Ingin Mendorong Kopi Tempatan


Luck Bros atau nama sebelumnya Luckin Kopi merupakan satu kafe yang sudah menempa nama dan dikenali ramai. Ini adalah cawangan ke-3 mereka di mana cawangan yang pertama dan kedua masing-masing terletak di Petaling Street dan di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2).


Menurut pengasas kafe, Tan Lek Siang, 28, beliau merupakan penggemar kopi di samping seorang yang bersemangat keusahawanan tinggi. Tujuan beliau memulakan perniagaan kopi ini adalah untuk mendorong kopi tempatan.


Katanya, pembukaan pelbagai kafe moden bak cendawan tumbuh selepas hujan pada belakangan ini membudayakan tabiat minum kopi khususnya dalam kalangan generasi muda.


Namun, kebanyakan kafe moden tersebut menawarkan kopi Barat seperti americano, latte, dan cappucino. Maka, beliau berhasrat untuk mendorong kopi tempatan Malaysia supaya dikenali oleh lebih ramai orang Malaysia sendiri.


Persekitaran sekitar kafe Luck Bros Kopi cawangan Kota Damansara.

Sumber Foto: Nadi Bangi


Dibuka secara rasmi sebulan yang lalu, Luck Bros telah menerima lebih 14 ribu orang pelanggan setakat hari ini.


Meninjau dari segi gaya pengubahsuaian, gaya kafe ini adalah berlainan daripada konsep cawangan kafe sebelum ini. Pengubahsuaian kafe di cawangan Petaling Street adalah bergaya vintaj manakala cawangan di KLIA2 pula berkonsepkan moden.


Menurut Lek Siang, untuk mencuba konsep yang berbeza daripada kafe tradisional, beliau telah membuat keputusan untuk membuka cawangan ketiga yang berkonsepkan alam semula jadi dengan gaya Scandinavia.


Penggunaan perabot dan aksesori yang diperbuat daripada kayu dan rotan banyak kelihatan di sekitar kafe. Terdapat juga taman tropika mini dalam bangunan dan pokok-pokok yang digunakan sebagai hiasan.


Penggunaan ton warna semula jadi juga diaplikasi dalam kafe ini berserta dengan dinding bata tanah kelihatan asli menjadikan kafe ini instagrammable. Setiap sudut di dalam kafe ini membolehkan pengunjung menangkap gambar yang cantik dan menarik.



247 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page