top of page
  • Writer's pictureWong Yee Tian

Kafe Old School Tempat Pendaki Bukit Bersantai

Penulis: Wong Yee Tian

Penyunting: Izzah Aisa


Konsep yang bertemakan ‘Old School’ dan masakan bamboo shoot fungus menjadi tarikan pendaki bukit untuk bersantai di kafe Emperor Villa. Sumber Foto: Emperor Villa


BAYAN LEPAS, 8 Jan - Kafe Emperor Villa yang bertemakan ‘Old School’ telah menjadi tempat bersantai pendaki bukit bersama keluarga pada hujung minggu untuk menikmati masakan Hakka iaitu bamboo shoot fungus.


Masakan Hakka khususnya bamboo shoot fungus menjadi tarikan ramai pendaki bukit untuk menikmati rasa keunikan yang ditampilkannya.


Bamboo shoot fungus merupakan gabungan bamboo shoot dengan black fungus dan disebabkan bamboo shoot mempunyai aroma tersendiri, ia amat sesuai dimasak dengan black fungus yang memberi tekstur rangup.


Walaupun kafe ini tersembunyi di atas bukit, ia tidak menjadi masalah kepada para pendaki bukit untuk singgah disebabkan tarikan masakan yang enak dan lazat.


Menurut seorang pendaki, Jasmine Teoh, 28 berkata beliau tertarik kepada masakan bamboo shoot fungus di kafe Emperor Villa dan ia adalah berbaloi untuk mendaki bukit demi menikmati keenakan tersebut.


“Saya memang gemar masakan Hakka terutamanya bamboo shoot fungus di kafe ini disebabkan ia menghidangkan masakan yang authentic dan asli walaupun kafe ini tersembunyi di atas bukit.


Menurut pengasas Emperor Villa, Wong Thiam You, 45 berkata masakan Hakka agak susah untuk dijumpai di kedai lain dan beliau berharap dapat memperkenalkan masakan tersebut kepada orang lain.


“Masakan Hakka sebenarnya susah dijumpai di restoran disebabkan orang tidak biasa makan dan saya amat berharap dapat memperkenalkan keunikan masakan ini kepada orang lain,” katanya.


Sementara itu, kafe ini merupakan perniagaan keluarga dan idea untuk membangunkan kafe yang bertemakan ‘Old School’ disebabkan hasrat ibu yang berusia ingin memiliki kenangan pada zaman 80an hingga 90an.


“Kafe ini bertemakan Old School disebabkan kami ingin memenuhi hasrat dan kenangan ibu yang berusia agar beliau dapat merasai suasana yang serupa pada zaman dahulu dan ia juga menjadi unique selling point kami untuk mendapat pelanggan,” kata pengasas.


Menurut seorang pengunjung, Siti Hajar Abdullah, 68, beliau serta keluarga dan rakan-rakan telah banyak kali singgah di kafe Emperor Villa kerana tertarik kepada suasana yang ‘Old School’ dan sesuai untuk menangkap gambar yang instagrammable.


“Setiap kali mendaki bukit ini, mesti kami bersinggah di kafe ini disebabkan ia mengingatkan saya tentang persekitaran pada zaman dahulu dan ia amat sesuai untuk menangkap gambar yang indah bersama keluarga dan rakan-rakan,” katanya.


Selain menawarkan menu bamboo shoot fungus, kafe ini juga mengubah menu setiap bulan untuk membekalkan hidangan dan masakan yang lazat serta menarik pelanggan dan sekaligus akan mencipta menu istimewa yang selaras dengan musim perayaan untuk meraikan kemeriahan.


Kafe ini beroperasi pada setiap hari bermula jam 6.45 pagi sehingga jam 2.00 petang.



6 views0 comments

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page