top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kafe Tutup, Pengusaha Takut Rugi?

Wartawan: Shasha Nasuha

Editor: Nurliyana Sofea


Sumber foto: Nurliyana Sofea


BANGI, 3 Mei - Dakwaan daripada pengusaha kafeteria di kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal menanggung kerugian jika kafe dibuka selama dua minggu sewaktu tempoh pembelajaran secara dalam talian sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.


Pembelajaran dalam talian yang bermula pada 17 hingga 28 April 2023 menyebabkan segelintir pelajar membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun, terdapat segelintir pelajar yang tidak pulang diatas sebab-sebab tertentu.


Menurut pengusaha kafe Kolej Keris Mas, Muhammad Zaki, beliau takut akan mengalami kerugian lagi sekiranya ia menjalankan operasi perniagaan. Seperti sebelum ini, beliau pernah mengalami kerugian besar apabila keberadaan pelajar yang berada di kolej tidak sampai separuh daripada bilangan asal.


“Pihak pengurusan kolej tidak mewajibkan kami untuk membuka perniagaan sempena waktu cuti kerana mereka tidak mahu menanggung risiko,” ulasnya.


“Setiap kali cuti, survei disebarkan kepada pelajar untuk mendapatkan data pelajar yang masih tinggal di kolej kediaman, walaubagaimanapun ia seperti sesuatu yang sia-sia kerana isu ini acap kali berlaku,” ujarnya.


Manakala pengusaha kafe Kolej Pendeta Za’ba, Muhammad Nasir, turut menceritakan bahawa jika kafenya beroperasi, ianya tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan, malah hanya akan menambah kerugian kepadanya.


“Kami pernah beroperasi pada waktu sahur di bulan Ramadan lepas kerana kafe lain tutup, tetapi hanya tiga orang pelajar sahaja yang datang membeli, memang tak balik modal,” keluhnya.


Katanya lagi, beliau berharap pihak pengurusan akan lebih cakna dan membuat perancangan lebih teratur apabila melibatkan jangka masa cuti yang panjang.


Berdasarkan pengusaha kafe Kolej Burhanudin Helmi, Aldita, pengopersian kafe pada semester ini sedikit sebanyak mendatangkan kegusaran dan masalah kepada pengusaha kafe kerana terlalu banyak cuti, mereka tetap perlu membayar sewa secara penuh kepada pihak pengurusan walaupun walaupun kafe tidak beroperasi.


Beliau juga berharap agar kadar sewaan kafeteria dapat dikurangkan bagi meringankan beban kerugian yang ditanggungnya.




33 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page