top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

KarKon Terima Tajaan Lebih Daripada RM400,000

Penulis: Nur Alni Fuzuwan

Editor: Ayu Maisarah Lutas Asril


Sumber: Facebook Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)



BANGI, 24 Nov - Karnival Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (KARKON-UKM) ke-51 Tahun 2023 telah berjaya menerima tajaan dan juga jualan tapak dengan jumlah lebih daripada RM400,000 bagi karnival konvokesyen tersebut pada 24 November sehingga 30 November 2023.


Acara berprestij ini berlangsung di Dataran Panggung Seni dan dirasmikan oleh Naib Canselor UKM, Prof Dato’ Gs Ts. Dr. Mohd Ekwan Hj Toriman dan turut dihadiri Timbalan-timbalan Naib Canselor, Bendahari dan Barisan Pengurusan Tertinggi.


Menurut Adam Solihin, Ketua Pengarah Sekretariat Karnival Konvokesyen UKM dalam ucapan beliau, beliau menyatakan kegembiraan atas kehadiran para mahasiswa yang turut serta dalam hari perasmian konvokesyen tersebut.


Adam turut mengumumkan kejayaan mendapatkan sumbangan penajaan dan hasil daripada tapak jualan sebanyak RM433,350. Penghargaan khas diberikan kepada 55 gerai jualan dan 25 penaja yang memberikan sokongan penuh semangat.


Antara penaja penaja yang memberikan sumbangan adalah dari pihak-pihak seperti UKM Shape, UKM Holdings, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Zecon Berhad serta 20 penaja yang lain.


Dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa persiapan karnival ini telah bermula sejak bulan Mac tahun ini, di mana sekretariat konvokesyen telah dengan tekun menyusun perisian dan perancangan demi kelancaran acara ini.


Kejayaan ini telah mencerminkan kesungguhan dan keazaman pihak berkenaan untuk menjayakan karnival konvokesyen yang berprestij.


“Acara karnival ini turut menyediakan pelbagai pertandingan menarik dan tarikan daripada pelbagai vendor yang turut serta dalam konvokesyen. Penyertaan para pelajar dialu alukan bagi memeriahkan suasana, mencipta kenangan indah sepanjang majlis konvokesyen ini berlangsung,” tambahnya lagi dalam ucapan tersebut


"Karnival ini tidak hanya menawarkan pertandingan menarik dan tarikan daripada pelbagai vendor, tetapi juga memberi peluang kepada para pelajar untuk memeriahkan suasana dan mencipta kenangan indah sepanjang majlis konvokesyen berlangsung," katanya


Pelbagai aktiviti menarik dijangka berlangsung sepanjang karnival bermula 25 November hingga 30 November, iaitu acara Neon Run, Malam Rindu Rasul, Gerai Makanan dan Jualan, serta persembahan daripada selebriti-selebriti terkenal Malaysia.


Pembukaan majlis perasmian Karnival Konvokesyen UKM turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan, termasuk daripada para pelajar dan persembahan istimewa oleh selebriti terkenal tanah air, Wany Hasrita dan Hazama.


408 views4 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page